--- 12 oktober 2009 ---
Salam Ukhuwah & Selamat Datang ke Keluarga Faciteam
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, FST telah selamat dijalankan 4 oktober lepas. hampir 120 org adik-adik first year telah datang dan selamat menghabiskan training yg dijalankan dari pagi hingga ke ptg di KOM.
Fasilitator Squad Training (FST) merupakan platform awal kepada ahli-ahli baru kita untuk mengenali Faciteam dan merasai sendiri berada di dalam program Faciteam buat pertama kalinya. FST lebih bertujuan untuk memperkenalkan Faciteam secara amnya dan bertujuan untuk membina pasukan secara khususnya. Oleh itu, pembinaan semangat kebersamaan atau "Squad Training" itu dilakukan dengan cara yang tidak formal dan lebih kepada kaedah sharing. Selain dari pembinaan pasukan, asas-asas fasilitator telah didedahkan dlm FST melalui cara merasai sendiri menjadi anak buah fasi di dalam LDK dan melalui cara memerhati kaedah fasi. Ini merupakan langkah awal kepada ahli-ahli baru kita untuk berkenal-kenalan dengan konsep fasi.
FST merupakan satu program training yang disusun khas kepada mana-mana pelajar yang baru pertama kali ingin menjadi fasilitator di dalam Faciteam. Oleh sebab itu, FST dijadikan satu program wajib kepada semua ahli-ahli, untuk membolehkan mereka layak digelar fasilitator di dalam program. Walaubagaimanapun, pihak Management Committee (MC) sedar, ada beberapa rakan kita yang tidak dapat menyertai FST disebabkan kelas dan komitmen lain. Untuk itu, pihak MC akan menyusun program khas atau special FST untuk membolehkan anda layak menyertai program Faciteam selaku fasilitator. Di dalam Faciteam, kita mahu fasi-fasi kita bertindak dan bekerja mengikut acuan Faciteam, itu yang menyebabkan FST diwajibkan kepada semua ahli.
Fasilitator tidak hanya tertumpu kepada adik-adik sekolah dan di dalam LDK sahaja. Fasilitator sebenarnya berperanan sebagai pendakwah. Program, LDK dan modul hanya platform dan bahan perantaraan sahaja. Yang penting ialah pembawakan fasilitator dan cara fasilitator menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan kumpulan targetnya. Untuk menjadi seorang fasilitator yang bagus, proses pembelajaran harus berlaku, samada formal atau tidak formal, kedua-duanya mempunyai kepentingannya. Oleh itu, adalah sangat penting untuk fasilitator memperlengkapkan dirinya dengan ilmu penuh di dada dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk mengaplikasikan ilmu itu. Proses menjadi seorang fasilitator adalah proses yang lama dan mahal kerana kita akan mendapat pengalaman yang sangat berharga yang tidak boleh di beli atau dapat begitu sahaja. Pengalaman yang kita dapat harus dikongsi dengan masyarakat dan pengalaman itu sendiri mematangkan fasilitator.
Akhir kata, saya menyimpan harapan kepada adik-adik first year supaya mereka boleh menjadi bakal penggerak Faciteam di masa hadapan. Setiap ahli lama atau ahli senior tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada ahli-ahli baru atau junior, selain mengharapkan Faciteam akan terus berada di dalam IIUM Kuantan di masa hadapan. Adalah sangat besar harapan saya untuk melihat Faciteam masih gah sekiranya saya atau ahli-ahli senior datang ke UIA Kuantan pada suatu hari nanti di masa hadapan.
Untuk ahli-ahli lama, bimbinglah mereka, kongsilah pengalaman anda dan sentiasa mengingatkan mereka dengan semangat-semangat senior lama atau cerita-cerita mengenai senior-senior kita dulu. Jangan ditinggalkan semangat kebersamaan atau personal touch sebab faktor inilah yang membezakan kita dengan yang lain dan merupakan nilai paling berharga di dalam Faciteam. Salam ukhuwah dan selamat datang ke keluarga besar Faciteam!
Sekian. terima kasih.
Ilman Hadree Idris
Chief Coordinator (CC) 08/09
IIUM Facilitator Team
FACILITATOR SQUAD TRAINING 1 2009/20010
Posted by Faciteam on 17:35 with No comments
Categories: facilitator Squad Training, Hikmah
Related Posts:
Untuk CC baru dan MC baruAssalamualaikum w.b.t. Apabila kita sebut Facilitator Team, ianya melibatkan 2 faktor, iaitu fasilitator dan Team. Jika kita mengingat kembali definisi fasilitator, ianya melibatkan 6 faktor, iaitu; akal, sumber-sumber yang … Read More
Separuh Ramadhan telah berlalu...Sedar tak sedar, hari ini telah separuh bulan ramadhan dilalui...ini bermakna tinggal separuh bulan lagi untuk kita lalui bulan yang mulia ini...persoalannya, adakah kita telah memenuhi separuh bulan ramadhan pertama dengan s… Read More
Keluarga Faciteam – “Faith, spirit that moves us”?Keluarga atau usrah dibina dan diperkembangkan mengikut 4 fasa; iaitu : Taaruf, Tafahum, Taawun dan Takaful. 1-Taaruf ialah hubungan yang diawali dengan mengenal fizikal, kemudian mengenali pemikiran dan kejiwaannya. Taaruf … Read More
Bulan Ramadhan...bulan FacilitatorAssalamualaikum pada semua fasilitator...sekian lama saya tidak mencoretkan kata-kata di laman ini...yelaaa, bila terlalu banyak sgt bercakap, adalaa orang2 yang tak senang hati dan cakap kita ni banyak cakap bukan2 dan melem… Read More
Perjumpaan dengan Super SeniorSalam alaik. Sedikit input yg sempt sy kongsikan smasa perjumpaan dgn super senior td: - Adakah anda benar2 seorang ‘Pemudah Cara’? - Keberkesanan progrm lebih utama berbanding jumlah prgrm yg anda join. - Faciteam is about ‘… Read More
0 comments:
Post a Comment