Assalamualaikum
Pads 4/4/09 telah diadakan satu program lawatan motivasi oleh SEMESTA
Program yangg berjalan selama hanya 2 jam setengah itu berlangsung dengan lancar tanpa kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya kepada para fasi-fasi yang hadir untuk menjayakan program tersebut (Kak ili, Kak Su, Ella, Sheth, Amy, Sal, Afif, Zarol, Amirul, Wan, dan juga cc kita iaitu Ilman) walaupun sebahagian daripada masih lagi dalam mood examtetapi semangat mereka tidak pudar.
Walaupun ketibaan pelajar-pelajar agak lewat sedikit (sebab sesat jalan) sehingga membuatkan fasi-fasi gelisah dan risau, tetapi semangat dan kerjasama yang diberikan oleh adik-adik dapat mengubat hati kami.
Secara keseluruhan, program ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada adik-adik tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
Justeru, kepada fasi-fasi yang sanggup mengorbankan masa belajar mereka untuk menjayakan program, doa kami untuk kamu agar dapat mncapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang dihadapi dan semoga usaha kamu diberkati ALLAH swt.
Selamat menghadapi peperiksaan, semoga jumpa lagi sesi depan!
InsyaALLAH
Adam
-PR coordinator-
Tuesday, 11 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment