Thursday, 13 October 2011

Pengenalan kepada Alumni Faciteam

Posted by Faciteam on 15:21 with No comments
salam

idea untuk mewujudkan alumni faciteam terhasil daripada perbincangan antara ex-Chief Coordinator semasa program mukhayyam lepas.

tujuan utama penubuhan alumni ialah untuk menyediakan platform khusus untuk ahli faciteam yang telah mengakhiri zaman belajar dan tidak lagi bergelar sebagai pelajar IIUM Kuantan.

platform yang diwujudkan ialah platform untuk terus bergiat di dalam dakwah dan aktiviti kemasyarakatan. dengan adanya platform ini, menjadi ahli Faciteam tidak hanya terhad di zaman belajar tetapi boleh diteruskan apabila telah tamat belajar.

buat masa sekarang, penggerak Alumni faciteam terdiri daripada ex-Chief Coordinator iaitu Abg Zafri (1st CC), Abg Firdaus (2nd CC), Abg Safwan (3rd CC) dan Ilman (4th CC) serta dibantu oleh beberapa ahli lama atau orang-orang lama Faciteam.

selain mewujudkan platform untuk menyumbang kepada masyarakat, Alumni Faciteam juga berperanan untuk menjadi platform pembentukan seorang professional Muslim yang lengkap dan berkualiti iaitu seorang professional yang tidak hanya tertumpu kepada kerja semata-mata tetapi mempunyai insentif dan usaha untuk memantapkan diri untuk pembangunan masyarakat.

pembentukan professional Muslim yang mantap membantu ke arah pembentukan modal insan negara yang berkebolehan.

Alumni Faciteam juga ditubuhkan bukan sekadar kepada masyarakat tetapi ditubuhkan juga untuk platform asal-usul Alumni iaitu IIUM Facilitator Team sendiri. Dengan adanya Alumni, Faciteam sendiri dapat input latihan dan input program samada terus dari Alumni sendiri atau secara kolaborasi.

Visi Alumni Faciteam adalah sangat luas dan sangat besar. Matlamat jangka panjang Alumni ialah untuk mempunyai pengurusan tersendiri, menjadi sebuah persatuan yang didaftarkan di bawah ROS, dan mempunyai dana sendiri untuk bergerak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Alumni bukan sekadar berprogram dengan sekolah tetapi mempunyai hasrat untuk membuka ruang berprogram ke tahap yang lebih tinggi dan lebih luas seperti berprogram bersama pelajar universiti, membuat program kemasyarakatan di negeri-negeri lain dan membuat ikatan atau jaringan bersama-sama dengan persatuan belia lain dan persatuan dakwah yang lain.

Untuk menjayakan visi atau matlamat jangka panjang ini, ahli diperlukan dengan lebih ramai dan idea yang segar juga diperlukan. Kemungkinan besar juga, Alumni boleh digerakkan oleh bekas-bekas peserta program di bawah kendalian Faciteam suatu ketika dahulu. Target diletakkan untuk menjayakan matlamat jangka panjang ialah 2-3 tahun akan datang.

Untuk permulaan, dengan tenaga kerja yang terhad, Alumni berusaha untuk mencari kembali ahli-ahli lama yang suatu ketika dulu kuat di dalam Faciteam dan berusaha untuk mengumpulkan kembali mereka untuk bersama-sama dengan kita.

Selain itu, Alumni buat masa ini akan bergerak bersama-sama dengan Faciteam di UIA Kuantan dengan membuat program training dan menganjurkan program secara kolaborasi.

Dengan penubuhan Alumni ini, diharapkan semua pihak memberi kerjasama dan bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga demi pembentukan ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

sekian, terima kasih.

ILMAN HADREE

p/s: group fb baru ALUMNI telah diwujudkan eksklusif kepada ahli-ahli yang mengikut syarat utama sahaja iaitu : telah tamat belajar undergrad. tq
Categories:

Related Posts:

  • Pengenalan kepada Alumni Faciteamsalam idea untuk mewujudkan alumni faciteam terhasil daripada perbincangan antara ex-Chief Coordinator semasa program mukhayyam lepas. tujuan utama penubuhan alumni ialah untuk menyediakan platform khusus untuk ahli facitea… Read More

0 comments:

Post a Comment