Salam...maaf semua krn sudah lama tak menjenguk laman facebook FaciTeam.. Apakan daya, kesibukan melanda; ditambah lg dgn kerunsingan status diri sbg penanam ladang anggur lg nieh.. Huhu..
Ape khabar semua? Harap2nya masih kuat berpegang teguh pada FaciTeam ye. Ingatlah ye kamu semua, Faciteam HANYALAH SATU NAMA tetapi apa yg ORG LAIN AKAN NAMPAK adlh...., ahli2nya; islamik-kah? ramai-kah? ada ukhwah yg kuat-kah? bersemangat-kah? bagus-kah? byk program-kah? Hmm………
Susah kan sbnrnya, nak puaskan hati semua org sedangkan hati sendiri belum tentu merasa puas.. Di sinilah sebenarnya ujian kita sbg pengikut atau ahli sesuatu organisasi. Adakah sekadar mahu menjadi pengikut picisan ataupun mahu menjadi penggerak yg inovatif?? Tepuk dada, tanya selera iman sendiri.. Sy rasa ramai sudah mapan senior2 atau sunbae dlm bhs korea=) menyatakan segalanya yg terbuku di hati & ingatan masing2 tentang FaciTeam. Anda pula bagaimana..? Sy TERSANGAT SETUJU dgn pandangan kak wahid tentang NIAT, UJIAN dan TAPISAN di dalam sebuah organisasi.. Sy juga setuju dgn pernyataan kak Wahid, “senior can’t guide us forever..” Only Allah can guide us towards excellency, towards greater achievements in this world and the hereafter, InsyaAllah…
Kalau boleh sy mahu mengingatkan adik2 supaya bangkit semula dan utuhkan kembali FaciTeam.. Sy sedar siapalah sy ni, terkadang dahulu juga ada waktunya sy sendiri tenggelam & timbul dlm arena FaciTeam.. Tapi walau apapn, FaciTeam tetap di hati.. Tak pernah lekang dr ingatan.. Sy sayang FaciTeam dan adik2 pelapis semua walaupun ada yg sy xsempat kenal, tetapi kalau disebut shj ahli Faciteam, maka scr automatik akan jd ahli keluarga besar sy juga…
Usahlah dikisahkan KELESUAN adik2 berjuang di dlm arena FaciTeam kerana kelesuan ada di mana2, tak akan hilang sekalipun adik2 keluar dr gelanggang FaciTeam.. Erti kelesuan dlm FaciTeam itu juga bermakna adik2 sudah tersilap percaturan krn adik2 bkn berseorgn dlm FaciTeam.. FaciTeam adlh satu TEAM, kita bergerak dlm satu jemaah TEAM utk terus berbakti kpd adik2 generasi pelapis negara, InsyaAllah. Jgn smpi FaciTEam melahir2kan “faci2 yg lesu” makanya adik2 sekolah yg bakal ditemui juga akan turut sama lesu.. Pengakhirannya, negara kita juga bakal “lesu”.. Jadi, ubahlah fikiran adik2 kpd positive thinking dan majukanlah FaciTeam bersama2 ya..
Akhir sekali, sy ingin berpesan sekali lagi, adik2 harus INGAT & BERPEGANG pd sejarah, asas & tunggak perjuangan FaciTeam itu sendiri. Fahami, pelajari & dalami semuanya ttg FcTeam.. Ingatlah, FaciTeam TAK AKAN BOLEH berdiri teguh dgn namanya yg gah shj... Sayang FaciTeam~
p/s: mtk maaf zahir & batin jika ada tersilap percaturan tatkala jari ini menekan papan kekunci.. Sbnrnya, di awal persinggahan di laman fcbook ni sekadar mahu bertanya khabar tetapi entah knapa diri ini terusik pabila membaca pelbagai status & diskusi rakan2 seperjuangan... kalau ada prog, khabar2kanlah.. InsyaAllah sekiranya ada kelapangan masa, akan dijejakkan kaki ini ke bumi Kuantan =P Sekian, wallahu’alam..
Ikhlas dari, Nurul Farhanah Md Fozi
Ex-Secretary 3 FaciTeam 2008/2009
~Berani kerana benar, redha Allah jua yg dicari..
Secebis nota picisan~
Posted by Faciteam on 15:07 with No comments
Categories: Hikmah
Related Posts:
"Arts of Transferring from Theories to Practical. How?" oleh Dr Muhamed, Dean of Kulliyah Of Pharmacy. TEORI nya, semua orang mahu berubah kearah kebaikan, semua orang TAHU. Tetapi secara PRACTICAL nya, bukan semua MAHU berubah & MAMPU untuk terus KONSISTEN mendidik diri untuk berubah kepada fitrah penciptaan seorang insan… Read More
Surah Al -‘Asr ( Surah MASA ) Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. ( 1 ) Demi masa. ( 2 ) Sesungguhya manusia itu berada dalam kerugian. ( 3… Read More
[Rabu Gathering: Dr. Muhammad Awang’s Application of Theory in Practical]KDB (know, do, being in the state of change) 1st, we must have the knowledge (theory) to understand something Then, baru kita boleh apply our knowledge (practical) And the last one, to be consistent (state of being of change… Read More
Rabu Gathering: Nasihat Luqman al-Hakim Alhamdulillah, solat jama'ah di musolla kop masih diteruskan walaupun semasa sebahagian besar keluarga fcteam balik kampung. Menghadiri rabu gathering sewaktu pelajar semester bercuti, terasa seperti berada dalam usrah keci… Read More
Surah Luqman (ayat 13-19) : Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anak-anaknya Bagi mengejar cita-cita Khilafah Islamiah, ianya terhasil dengan adanya generasi Rabbani. Mendidik generasi kenal Tuhan ini seharusnya bermula dari individu, keluarga dan seterusnya menyebar luas ke dalam masyarakat. Hasil … Read More
0 comments:
Post a Comment