Thursday, 13 October 2011

Tunjang Fasilitator Faciteam

Posted by Faciteam on 12:01 with No comments
Setiap fasi telah dilatih dari awal dan diberitahu tentang definisi fasilitator...sume tau fasilitator bermaksud pemudahcara...namun, seorang fasilitator muslim yang syumul maksudnya tidak terhad disitu, malah amat sukar utk ditakrifkan sehinggakan jika ditanya kenapa jadi fasi dan ape yang dapat jadi fasi, mereka tak dapat menggambarkan jawapannya kerana bukan program yang dibuat, bukan modul yang dibuat dan bukan mass yang dibuat sebagai jawapannya tetapi jauh disudut hati dan jiwa fasi tersebut, tersemat maksud dan pemahaman tentang diri seorang fasi yang sejati dan sebenar serta sukar untuk digambarkan...ini kerana sepanjang latihan menjadi fasilitator dari hari pertama hinggala bila2, fasi perlu tau yang dirinya sedang belajar dan bersedia mengajar dan mendidik...belajar bukan saja dengan teori dan praktikal semata2, jika mereka belajar menjadi fasi melalui teori dan praktikal semata-mata fasi yang dilahirkan merupakan seorang yang rapuh dan mudah patah semangat serta tak sanggup meneruskan perjuangan....sebagai fasi, konsep sentiasa belajar, bersedia diajar dan mengajar serta mendidik perlu sentiasa di dalam hati.,..konsep belajar dalam diri fasi ni bukan sekadar melalui teori, praktikal dan ape yang dilihat oleh dua biji mata tapi yang lebih penting ialah belajar melalui ape yang dilihat oleh mata hati dan akal...barulaaa lahir fasi yang sentiasa inginkan program untuk mengubah diri sendiri dan juga peserta secara keseluruhan, fasi tersebut akan sentiasa bersedia setiap mase untuk keluar ke program bagi menyampaikan ilmu dan pengetahuan serta kemahirannya bagi menjadikan pelajar2 tersebut bertambah baik dan cemerlang di dunia dan akhirat, 

fasi tersebut tidak akan berkire dan mencari sebarang alasan jika telah sampai masa untuknya keluar ke program, latihan ataupun sesi perbincangan sesame fasi...mereka tidak mudah rapuh, patah semangat dan berundur ke belakang, mereka mempunyai jiwa dan hati yang cekal, tabah, sabar serta akal yang tajam dan jauh ke hadapan yang sentiasa memikirkan cara terbaik utuk berjuang bagi agama...sebarang halangan, cabaran, tekanas serta ancaman akan dihadapi dengan berani, ini kerana mereka sedar, faham dan yakin bahawa mereka melakukan semua itu atas dasar perjuangan agama untuk membentuk generasi muda yang cemerlang dunia dan akhirat seterusnya akan meletakkan agama di tempat yang tinggi pada mase depan...Oleh itu, fasi kena faham bahawa perjalanan ini bukan laaa sentiasa mudah dan seronok...perjalanan ini penuh dengan cabaran, namun, jika perjalanan yang penuh cabran ini ditempuhi dengan jiwa yang cekal, tabah serta akal yang bijak, perjalanan ini dapat diselesaikan dan kepuasan serta balasan nya akan datang...


Adiki2 fasi sekalian, kita tidak boleh berjuang seorang diri,walaupun kita rase diri kita hebat dan mantap, kita tetap tidak boleh melakukan sesuatu berseorangan...oleh itu, ukhuwwah dan team work yang kuat sesame fasilitator amat penting dan dalam faciteam konsep ukhuwwah dan teamwork merupakan tunjang bagi setiap fasi, jika tunjang ni dibiarkan, maka rebahlah fasi tersebut...hubungan rapat yang berlandaskan kasih sayang antara fasilitator termasuklah senior dan junior amat penting dalam faciteam...yang junior perlulaaa sentiasa mendampingi senior untuk belajar daripada mereka dan yg senior perlu laaa ambil berat utk latih yang junior,,,kamu semua takkan tak ingat macam mana abg dan rakan2 abg train korang dulu???so lakukan sebegitu kepada mereka juga...jgn dibiarkan mereka...tolong eh..


Kesimpulannya, seseorang fasilitator dalm fasiteam bukan la seorang pelajar yang ‘kosong’ tetapi dia merupakan seorang yang mempunyai jiwa dan hati yang kuat serta mempunyai kasih saying dan ukhuwwah yang mantap sesame mereka kerana Allah...


Oleh, itu, abg menyeru kepada adik2 sekalian, renungkan laaa, fikirkanlaa, amatilah serta hayati laaa erti sebenar fasilitator faciteam, munasabah, munajat laaa kita...Insya Allah kita akan Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat...



Oleh: Firdaus Mohd
Categories:

Related Posts:

  • SURAH AL-IKHLAS ; MENYEMPURNAKAN KONSEP TAUHID Manusia itu memang fitrahnya mencari-cari ‘Tuhan’. Wujudnya tuhan matahari bila melihat hebatnya matahari memancar cerah dari atas. Kemudian, merasakan lemahnya matahari ketika malam, mulalah mereka mengalihkan sembahan… Read More
  • Kenapa Faciteam? Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuat… Read More
  • Dimana sepatutnya kita berada? Zaman sekarang,boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang pelik jika hampir setiap hari terpapar didada akhbar berita tentang masalah remaja yang dilaporkan. Antara masalah yang kerap di gembar-gemburkan adalah kes buang ba… Read More
  • Kahfi, one of Faciteam's members. ARKIB : 03/10/2010 Kecacatan tidak halang cipta kejayaan AHMAD Zulkahfi Hayat Hussain (dua, kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas Majlis Konvokesyen UIAM Ke-26 di Kampus Utama Gombak, Kuala Lumpur, sem… Read More
  • Fatimah & Azfar are our Faciteam Members. CONGRATULATION TO  SITI FATIMAH ABDUL HUSSAINBEST STUDENT OVERALL FOR KULLIYAH OF MEDCINE AND MUHAMMAD AZFAR RUSLANBEST STUDENT ACADEMIC FOR BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY FROM FACITEAM!! WE ARE PROUD!… Read More

0 comments:

Post a Comment