Wednesday 3 October 2012

Kenapa Faciteam?

Posted by Faciteam on 03:02 with No comments




Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik.


Persoalannya, siapa dan mengapa perlu menjadi fasilitator? Tentunya fasilitator mempunyai peranan besar dalam menjalankan tanggungjawab ini.

->Siapa yang perlu menjadi fasilitator? 
Firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 110 bermaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik yang lahir dari kalangan insan. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah". Tidak disebutkan disini sebarang bangsa atau masyarakat yang akan memikul amanah ini. Mereka yang menjalankan 3 tanggungjawab tersebut adalah yang terbaik di sisi Allah. Adakah kita tidak mahu jadisebahagian darinya?

->Mengapa saya perlu menjadi fasilitator? 
Ada beberapa sebab utama mengapa kita perlu menjadi fasilitator yang benar-benar menjadi kesan baik kepada orang lain iaitu;
1) Tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah 
Tanggungjawab khalifah ini ialah memastikan keamanan dan ketenteraman wujud diatas muka bumi ini. Sebagai khalifah, kita wajib memberikan terbaik agar kehidupan didunia ini adalah bekalan untuk ke akhirat. Tanggungjawab khalifah ada 2 yang utama iaitu Hablum MinAllah (hubungan dengan Allah) dan Hablum Minannaas (hubungan dengan manusia). Berhubung dengan Allah merupakan sifat kehambaan yang tertanamdi dalam sanubari kita sebagaimana firman Allah, "Tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Aku".Berhubung dengan manusia pula, inilah amanah khalifah yang diberikan. Pertama ialah kerana kita telah diwajibkan menjadi Da'ie(menyeru).Firman Allah dalam Al-Quran dalam surah Al-Nahl yangbermaksud; "Serulah semua manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".

2) Kedua ialah kerana kita perlu menjadi mahasiswa yang punya idealisme. Mempunyai idealisme bermaksud memahami keperluan setempat, berusaha memenuhi disamping mempunyai visi dan misi yang jelas terhadap hidup diri serta masyarakat kita. Kita perlu tahu kenapa kita menjadi mahasiswa dan kita perlu tahu mengapa kita terlalu penting untuk masyarakat. Mahasiswa yang tidak punya idealisme merupaka mahasiswa yang mati rasa kepeduliannya terhadap masyarakat mereka.Ketiga ialah kerana kita pelu mengukuhkan keseimbangan daya intelektual dan emosi berdasarkan kepada keadaan semasa.


3) Ketiga ialah kerana kita kena ikhlas untuk berbakti kepada agama bangsa dan negara. Tidak ramai yang sanggup melakukan aktiviti sebegini kerana ia kerja yang memenatkan dan tidak mendapat upah yang lumayan. Ikhlaskan lah hati dalam melakukan setiap pekerjaan. Ingatlah kita kepada hadis Nabi yang bermaksud; "Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah dunia daripadanya kecuali 3 iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah dan ilmu yangbermanfaat". Ingatkanlah, kita akan meninggalkan zuriat dan generasi baru akan datang. Jika mereka tidak disediakan maka, siapa pula akan menyediakan mereka? 

*Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan kita siapa lagi. Jadilah generasi yang terbaik, sentiasa mengajak kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Moga-moga, keimanan kita bertambah dan percayalah bahawa Allah pasti bersama orang-orang yang benar.


Faith: The Spirit That Move Us!
Categories:

0 comments:

Post a Comment