Wednesday, 3 October 2012

Seminar Kerjaya 2012

Posted by Faciteam on 01:32 with No comments
PROGRAM: Seminar Kerjaya 2012
TARIKH: 28 April 2012
TEMPAT: Kulliyah of Medicine, UIAM Kuantan



Pada 28 April 2012 yang lalu, telah berlangsung Seminar Kerjaya 2012 di Kulliyah of Medicine, UIAM Kuantan. Alhamdulillah, pada tahun ini seramai 332 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 mewakili 11 sekolah dari Kuantan dan luar Kuantan telah menyertai Seminar Kerjaya 2012. Antara sekolah yang menyertai Seminar Kerjaya pada tahun ini ialah SMK Indera Mahkota, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Sek Agama Al-ikhsan, SMK Maran, SMK Tok Sera, SMK Cenderawasih, SMK Alor Akar, SBPI Kuantan, SEMSAS, SMK Perlabuhan dan SMAP Labu.

Tujuan Seminar Kerjaya ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang halatuju selepas SPM dan cara kehidupan di universiti. Program ini juga turut mengadakan pameran dari setiap Kulliyah di UIAM Kuantan. Antara Kulliyah yang turut serta adalah Kulliyah of Medicine, Kulliyah of Pharmacy, Kulliyah of Dentistry, Kulliyah of Allied Health Science dan Kulliyah of Sciences. Pada tahun ini peserta-peserta sangat beruntung kerana dapat memasuki bilik mayat dan melihat sendiri bagaimana pelajar perubatan mempelajari organ-organ manusia yang sebenar. 



Peserta-peserta juga turut berpeluang mendengar perkongsian pengalaman seorang doktor dan bekas pelajar perubatan UIAM Kuantan iaitu Dr. Firdaus serta pelajar tahun akhir Audiologi iaitu Muhammad Rizal. Perkongsian pengalaman sebagai pelajar di universiti dan dalam masa yang sama aktif berpesatuan sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada peserta-peserta. Harapannya, program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan agar pelajar-pelajar sekolah terdedah dengan kehidupan di universiti.

Faith: The Spirit That move Us!  

Related Posts:

  • PROGRAM JEJAK MENARA GADING, SBPI KUANTANPROGRAMME: PROGRAM JEJAK MENARA GADINGVENUE: SBPI KUANTANDATE: 8-9th JULY 2011 … Read More
  • Seminar Kerjaya 2012 PROGRAM: Seminar Kerjaya 2012 TARIKH: 28 April 2012 TEMPAT: Kulliyah of Medicine, UIAM Kuantan Pada 28 April 2012 yang lalu, telah berlangsung Seminar Kerjaya 2012 di Kulliyah of Medicine, UIAM Kuantan. Alhamdulil… Read More
  • Banner ucapan PMR Pada malam Rabu yang lalu iaitu pada 3 Oktober 2012 yang lalu, telah diadakan aktiviti melukis banner ucapan PMR untuk sekolah-sekolah yang pernah berprogram dengan Faciteam. PMR 2012 akan bermula pada 9 Oktober 2012 ini dan… Read More

0 comments:

Post a Comment