Friday 11 September 2015

TEKNIK BELAJAR MAHASISWA BITARA (TBMB)

Posted by Faciteam on 09:01 with No comments
TEKNIK BELAJAR MAHASISWA BITARA
Lecture Hall 3, Kulliyah of Pharmacy (KOP), IIUM Kuantan Campus
10 Septermber 2015
in collaboration with PKPIM

Penceramah Khas: Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Assalamualaikum pembuka kata, 
Teknik mahasiswa bitara menjadi bahan cerita.


Kali ini, Faciteam dengan kolaborasi PKPIM (Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dengan jayanya telah melaksanakan  perkongsian Teknik Belajar Mahasiswa Bitara yang disampaikan oleh abg Fazril (graduan UIAM dalam bidang Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Ketamadunan).


Alhamdulillah, banyak input2 yang sangat berguna telah disampaikan oleh abg Fazril dalam perkongsian kali ini. 


Abg Fazril

Sebelum kita melangkah jauh, kita haruslah memahami dan menghadam apa itu maksud disebalik mahasiswa bitara. Menurut penceramah, 

Mahasiswa boleh dibahagikan kepada dua suku kata 
~maha (pinjaman bahasa sanskrit yg melambangkan yang besar, yang hebat)  
~Siswa yang  bermaksud  seseorang pelajar yang belajar pada tahap tinggi iaitu tahap ketiga (selepas sekolah rendah (primary level), sekolah menengah (secondary level)). 

Manakala Bitara juga dibahagikan kepada dua suku kata 
~Bi (pinjaman imbuhan parsi yg bertindak sebagai kata nafi, contoh tidak/tak) 
~Tara = takat/had/limit.

 Jadinya gabungan Mahasiswa Bitara ini bermaksud seorang pelajar pada tahap tinggi yang hebat dan tiada limit. (betul ke idok?) .


Pembaca yang dikasihi sekalian, 

Di sini speaker telah menekankan 4 lingkungan kebitaraan yang perlu diterapkan oleh seseorang mahasiswa untuk melangkah ke tahap kebitaraan. Langkah tersebut ialah:

  • Idealisme
antara kategori yang perlu dipenuhi dalam lingkungan ini ialah mahasiswa itu perlu mempunyai wawasan yang jelas, cita2, azam dan yang paling penting niat haruslah sentiasa diperbetulkan. "Sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulai dengan niat"hadis pertama dalam Arbaun Nawawi.
  • Intelektualisme
Sepotong hadis ada menyebut "Barang siapa membuka jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan membuka jalan untuknya ke syurga". ini membuktikan bahawa menuntut ilmu itu sesuatu yang berharga.Ilmu itu sifatnya bertambah, makin diberi makin meningkat tahap pemikiran bukan seperti harta yang mana makin diberi makin berkurang.
  • Aktivisme
dalam lingkungan ini, mahasiswa haruslah mempraktikkan ilmu yang dimiliki supaya ianya bermanfaat kepada masyarakat sekeliling. mahasiswa ini  juga haruslah pandai membahagikan masa antara kemahuan dan keperluan.
  • Spiritualisme
spiritual atau aspek rohani ini adalah perkara yang paling penting kerana ia dapat mengawal lingkungan kebitaraan yang lain kerana sifatnya begitu. jika kita menjaga hubungan dengan Allah, insyaAllah hubungan kita dengan makhluk lain akan terpelihara. Begitu juga dengan ilmu, jika kita menjaga adab2 untuk menuntut ilmu, ilmu yang kita perolehi insyaAllah ada berkatnya.

Sahabat sekalian,


untuk mengekalkan momentum langkah tersebut  mahasiswa haruslah memenuhi beberapa lapangan disiplin ilmu yang telah digariskan oleh speaker. Antaranya ialah:

aspek Spiritualisme~~

#menjaga solat berjemaah setiap waktu 
#membaca Quran setiap hari
#menghafal al-Quran dan hadis
#zikir pagi & petang

aspek Idealisme / intelektualisme~~

#membaca buku sekurang2nya 1 jam sehari
#menelaah pelajaran yang telah dipelajari
#berdiskusi

aspek  Aktivisme~~

#membaca akhbar yang sahih maklumatnya
#sukarela membantu orang
#bersedekah setiap hari
#bertegur sapa dengan jiran
#menelefon ibu bapa setiap minggu

aspek  Pengurusan kendiri~~

#kemaskini plannar (jadual) setiap hari
#sediakan keperluan untuk esok sebelum tidur
#rancang perbelanjaan
#kemas bilik/rumah


Cukup2lah tu.... orang kata apa, biar sikit asal istiqamah daripada banyak tapi hmmmmm.... (yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran).... :P


3 pesanan yang selalu  Abg Fazril pesan terutama kepada budak2 PKPIM, 

~jangan tidur selepas solat subuh
~bawa buku kemana2 saja 
~berkhidmat 

Ini  adalah antara gambar yang sempat ditangkap dan dipenjarakan dalam blog ini:















adegan guru 'besar' memarahi murid yang terlupa bawa buku








akhir kalam, ingat daku dalam doamu.

#hidupbiarberjasa

Bad Boys




0 comments:

Post a Comment