Saturday, 18 May 2013

Surah al-Kauthar (Surah Nikmat yang Banyak)

Posted by Faciteam on 01:47 with No comments

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat melimpah-ruah.

2) Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.

3) Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan.


         Surah ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. sama seperti Surah AdDuha dan Surah al-Inshirah. Dalam surah ini Allah hiburkan Rasul-Nya dan menjanjikannya dengan nikmat kebaikan yang melimpah dan mengancam musuhnya dengan malapetaka keputusan keturunan dan mengarahkannya ke jalan bersyukur. Kerana itu surah ini merupakan satu gambaran dari kehidupan dakwah dan kehidupan pendakwah pada zaman permulaan Islam di Makkah, iaitu satu gambaran
dari angkara dan gangguan-gangguan yang dihadapi Nabi s.a.w. dan dakwah yang disampaikannya, juga satu gambaran dari pemeliharaan dan naungan Allah terhadap hamba-Nya dan sekumpulan para mukmin yang kecil. Allah meneguhkan hati Rasul-Nya, menenangkan fikirannya memberi janji yang baik kepadanya dan mengancam musuhnya dengan malapetaka.

         Kata-kata al-Kauthar mempunyai dua pengertian. Pengertian khusus ialah nama sebuah sungai di syurga dan sebuah telaga yang dikunjungi oleh umatnya pada hari kiamat.



Al -Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn `Umar berkata Rasulullah saw bersabda:

"Al-Kauthar adalah sebatang sungai di dalam syurga, kedua-dua tebingnya diperbuat daripada emas. Laluan airnya di atas batu permata, tanahnya lebih harum daripada kasturi, airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada salji".

(Hadis hasan lagi sahih) 

Al-kauthar juga bermaksud `banyak tidak terbatas'. Antara nikmat-nikmat yang tidak terhitung dan tidak terkira banyaknya adalah:

1. Nikmat Nubuwwah dan nikmat hubungannya dengan Allah, kerana orang yang telah menemui Allah tidak akan kehilangan sesuatu apa.

 2. Nikmat al-Quran: Al-Qu'ran yang diturunkan kepada Rasulullah saw adalah satu nikmat kebajikan yang melimpah-ruah tidak berkesudahan.

3. Nikmat Al-Mala`ul-A`la : Para malaikat yang sentiasa mendoakan rahmat ke atas Rasulullah saw dan mendoakan rahmat ke atas orang-orang yang mendoakannya. Nama Rasulullah saw sentiasa berkembar dengan nama Allah, baik di bumi mahupun di langit.

 4. Nikmat As-Sunnah : Ia kekal berterusan sepanjang zaman di seluruh pelusuk bumi. Berjuta-juta manusia bersilih ganti menuruti sunnahnya, tidak berhenti-henti menyebut namanya, menyintai sirahnya dan sentiasa mengingatinya sampai Hari Kiamat.

        Setelah menerangkan nikmat yang melimpah-ruah, Allah memerintah Rasul-Nya saw supaya mensyukuri nikmat itu dengan kewajipannya yang pertama, iaitu kewajipan mengikhlas dan memusatkan hati kepada Allah dalam peribadatan, mendirikan solat dan menyembelih binatang korban semata-mata kerana Allah. Sikap ini tidak sama dengan sikap golongan Musyrikin yang menunaikan sembahyang dan berkorban bukan kerana Allah.

        Bagi orang Arab, zuriat lelaki adalah suatu kemestian. Orang lelaki yang tidak mempunyai anak lelaki digelar `Abtar'. Mereka berbangga dengan anak lelaki yang ramai dan amat memelihara nasab keturunan. Ayat ketiga diturunkan untuk membetulkan persepsi ini. Allah menyatakan bahawa mereka yang menghina Rasulullah yang terputus rahmat-Nya.

Wallahualam.

Oleh: Husna Mustafa

Related Posts:

  • Dimana sepatutnya kita berada? Zaman sekarang,boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang pelik jika hampir setiap hari terpapar didada akhbar berita tentang masalah remaja yang dilaporkan. Antara masalah yang kerap di gembar-gemburkan adalah kes buang ba… Read More
  • SURAH AL-IKHLAS ; MENYEMPURNAKAN KONSEP TAUHID Manusia itu memang fitrahnya mencari-cari ‘Tuhan’. Wujudnya tuhan matahari bila melihat hebatnya matahari memancar cerah dari atas. Kemudian, merasakan lemahnya matahari ketika malam, mulalah mereka mengalihkan sembahan… Read More
  • Fatimah & Azfar are our Faciteam Members. CONGRATULATION TO  SITI FATIMAH ABDUL HUSSAINBEST STUDENT OVERALL FOR KULLIYAH OF MEDCINE AND MUHAMMAD AZFAR RUSLANBEST STUDENT ACADEMIC FOR BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY FROM FACITEAM!! WE ARE PROUD!… Read More
  • Kenapa Faciteam? Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuat… Read More
  • Kahfi, one of Faciteam's members. ARKIB : 03/10/2010 Kecacatan tidak halang cipta kejayaan AHMAD Zulkahfi Hayat Hussain (dua, kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas Majlis Konvokesyen UIAM Ke-26 di Kampus Utama Gombak, Kuala Lumpur, sem… Read More

0 comments:

Post a Comment