Fasilitator Squad Training 3 atau lebih dikenali sebagai FST 3 telah dijalankan pada hari Sabtu, 31 Januari 2009 bertempat di Kuliyyah Perubatan UIAM Kuantan. Seperti yang sedia maklum, ini adalah special training yang terbuka kepada semua pelajar UIAM Kuantan dari semua kulliyyah. Ia diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menghadiri FST 1 & FST 2 yang diadakan sebelum ini. Semua yang menghadiri FST 3 ini telah layak untuk menjadi fasilitator di dalam mana-mana program sekolah di bawah kendalian Facilitator Team.
Peserta telah didedahkan kepada definisi fasilitator, etika dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang fasilitator, jenis-jenis modul, dan cara-cara untuk mengendalikan latihan dalam kumpulan (LDK) dan mass. Terdapat juga 1 slot praktikal di mana setiap peserta berpeluang menjadi fasilitator mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seolah-olah mereka berada dalam situasi yang sebenar. Dalam masa yang sama peserta yang lain menjadi anak buah yang mempunyai pelbagai watak seperti pasif, aktif dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu di pelajari dan perlu diperbaiki lagi bagi meningkatkan kemahiran kefasilitatoran dikalangan peserta. Salah satu cara ialah belajar melalui pengalaman.
Selain daripada itu, sebagai seorang fasilitator, kita perlulah bersedia untuk mengajar, belajar dan diajar. Oleh itu persiapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang luas selagi usia kita masih muda. “Menuntut ilmu diusia muda ibarat melukis di atas batu,manakala menuntut ilmu diusia tua umpama melukis di atas air”.
Kepada semua peserta FST 3, tahniah diucapkan kerana telah berjaya menghadiri training ini. Di harap anda akan terus berjuang di dalam Facilitator Team dan bersedia untuk mencurahkan tenaga dan bakti kepada seluruh masyarakat umumnya dan penduduk kuantan khasnya. Selamat datang ke dalam keluarga besar FACILITATOR TEAM.
Perjuangan adalah suatu yang indah dan manis jika seseorang itu berjuang dengan niat hanya kerana Allah. Betulkan niat, tanamkan minat, kuatkan azam dan semangat, berusaha tanpa megenal jemu; Insya-Allah, anda akan merasai keindahan dan kemanisan dalam perjuangan.
PR CoordinatorSuhaila Bahrom
0 comments:
Post a Comment