Muslim Youth Evoluation Camp atau singkatannya MY Evo Camp 09 Siri 1 telah diadakan di Janda Baik pada 2-4 Januari 2008. Program ini merupakan program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) UIAM Gombak yang bertujuan untuk melahirkan juru dakwah yang dinamik. Seramai 35 orang wakil ahli Faciteam telah menyertai program ini. Program ini banyak menekankan aspek kesukarelawanan di mana terdapat juga slot/perkongsian pengalaman bersama mereka yang pernah menjadi sukarelawan di Laos dan Kemboja pada baru-baru ini. Program selama 3 hari 2 malam ini telah memberi banyak input dan maklumat yang bermanfaat yang patut dijadikan panduan oleh fasilitator daripada Faciteam khususnya.
Pengisian rohani amat dititikberatkan seperti tazkirah, kuliyyah subuh, qiamullail dan juga solat dhuha. Apa yang lebih menarik ialah riadah bermodul yang
telah dijalankan pada petang Sabtu di mana semua peserta dikehendaki pergi ke kawasan yang berhampiran untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dan pada yang sama bertanya 3 soalan iaitu apakah yang dimaksudkan dengan sabar, ikhlas dan istiqamah. Ini merupakan salah satu ujian praktikal untuk para peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang program. Kesimpulannya, MY Evo Camp 09 Siri 1 merupakan salah satu program untuk ahli Faciteam menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Suhaila binti Bahrom
Public Relation Coordinator
0 comments:
Post a Comment