Keluarga atau usrah dibina dan diperkembangkan mengikut 4 fasa; iaitu : Taaruf, Tafahum, Taawun dan Takaful.
1-Taaruf ialah hubungan yang diawali dengan mengenal fizikal, kemudian mengenali pemikiran dan kejiwaannya. Taaruf pemikiran sangatlah penting bagi mewujudkan persaudaraan muslim sehingga akan melancarkan perjalanan gerakan ummah.
2- Tafahum ialah saling memahami, good understanding; iaitu dengan cara menyatukan hati, menyatukan pemikiran dan juga menyatukan amal. Tafahum juga bererti saling memahami kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan masing-masing.(compliment each other)
3- Tafahum lancar maka Taawun pun dapat diamalkan secara baik. Taawun ialah saling membantu. Taawun secara hati (saling mendoakan), secara pemikiran (berbincang dan menasihati),dan secara amal. Yang kuat menolong yang lemah, yang lemah menolong yang miskin, yang mempunyai kelebihan menolong yang kekurangan.
4- Takaful muncul setelah Taawun. Takaful saling memerlukan. Dengan takaful, hati saling menyatu, saling menyayangi. Akhirnya muncul kesatuan barisan dan juga kesatuan ummah.
4 fasa inilah yang membentuk ukhuwwah Islamiyyah. 4 fasa ini juga digunakan dalam pembuatan modul program, dimana fasa taaruf dan tafahum digunakan di dalam LDK 1 hingga ke LDK 3. Fasa Taawun dan Takaful bermula jika fasi berani dan berjaya follow up anak buah dan tidak menjadikan group LDKnya sebagai “touch n go”. Dan 4 fasa ini juga digunakan dalam pembentukan keluarga Faciteam.
Kita sering menggunakan term “keluarga” Faciteam, tetapi sejauh mana kita menyumbang ke arah pembentukan takaful, iaitu fasa akhir pembentukan ukhuwah islamiyyah? Dan kita sendiri di peringkat mana?
Keluarga Faciteam bermula di tahap taaruf; iaitu semasa FST. Perjalanan fasa tersebut berkembang setelah join program, saling kenal mengenali dan bantu menbantu. Tetapi alangkah sedihnya keluarga Faciteam sekarang digunakan sebagai platform “touch n go”. Masih ada segelintir tidak memahami tujuan keluarga ini ditubuhkan. Faciteam tidak ditubuhkan bukan hanya untuk berprogram, ianya lebih daripada itu.
Keluarga Faciteam akan harmoni jika takaful dapat dilaksanakan; iaitu masing-masing mempunyai kesatuan pemikiran dan amal. Sebelum takaful dijayakan, ahli keluarga Faciteam saling bantu membantu, bukan saja masa berprogram tapi membantu dalam pelajaran, kehidupan dan masalah yang dihadapi. Tapi yang sangat penting, ialah fasa Taaruf dan Tafahum.
Apa gunanya ada pihak yang hendak menyumbang idea & usaha tapi masih ada ahli yang tidak kenal dan tidak memahami tujuan usaha tersebut. Dan apa gunanya segala usaha&training diberikan jika masing-masing tidak faham dan tidak taaruf dgn Faciteam dan ahlinya. Lantas, akan wujud pandangan serong atau pandangan “menyibuk” ke atas usaha bantuan tersebut.
Adik adik sekalian, harus diingat, keluarga faciteam ini tidak akan bertukar ahli keluarga setiap kali pertukaran CC dan tidak hanya limited kepada yang sedang belajar di UIA Kuantan sahaja. Keluarga ini diwujudkan dari dulu lagi, dari zaman generasi dahulu lagi dan kami (warga lama) sangat gembira jika adik-adik sekalian meneruskan perjuangan dan sedia berkongsi dgn kami (warga lama) kerana kami ingin anda semua merasai kemanisan hidup sebagai seorang fasilitator dan pendakwah.
Sekian. "Faciteam - Keluarga Saya, Anda & Kita"
Oleh: Ilman Hadree Idris
Keluarga Faciteam – “Faith, spirit that moves us”?
Posted by Faciteam on 15:27 with No comments
Categories: Hikmah
Related Posts:
SURAH AL-IKHLAS ; MENYEMPURNAKAN KONSEP TAUHID Manusia itu memang fitrahnya mencari-cari ‘Tuhan’. Wujudnya tuhan matahari bila melihat hebatnya matahari memancar cerah dari atas. Kemudian, merasakan lemahnya matahari ketika malam, mulalah mereka mengalihkan sembahan… Read More
Kenapa Faciteam? Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuat… Read More
Dimana sepatutnya kita berada? Zaman sekarang,boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang pelik jika hampir setiap hari terpapar didada akhbar berita tentang masalah remaja yang dilaporkan. Antara masalah yang kerap di gembar-gemburkan adalah kes buang ba… Read More
Fatimah & Azfar are our Faciteam Members. CONGRATULATION TO SITI FATIMAH ABDUL HUSSAINBEST STUDENT OVERALL FOR KULLIYAH OF MEDCINE AND MUHAMMAD AZFAR RUSLANBEST STUDENT ACADEMIC FOR BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY FROM FACITEAM!! WE ARE PROUD!… Read More
TANGGUNGJAWAB YANG TIDAK INGIN DIJAWAB [Al-Fussilat, 26 & 29] “Buatlah bising apabila Quran dibacakan, dan janganlah kamu dengar!” kata kafir ahli kitab itu. Marah dengan bacaan Al Quran, lebih baik dia memekakkan telinganya. Baginya tidak apa yang lebih membingitkan daripada suara … Read More
0 comments:
Post a Comment