Assalamualaikum w.b.t.
Apabila kita sebut Facilitator Team, ianya melibatkan 2 faktor, iaitu fasilitator dan Team. Jika kita mengingat kembali definisi fasilitator, ianya melibatkan 6 faktor, iaitu; akal, sumber-sumber yang ada, mesej, menyeru kebaikan dan cegah kemungkaran, beriman kepada Allah dan memegang tanzim haraki. Jika kita rujuk kepada Team pula, ianya lebih tepat dirujuk kepada pasukan, sebuah institusi yang mempunyai ikatan perhubungan dan setiap ahlinya mempunyai peranan masing-masing.
Mengambil kira 2 faktor ini, Faciteam secara ringkasnya boleh diterangkan sebagai sebuah keluarga pendakwah yang mempunyai mesej ke arah kebaikan. Faciteam ialah sebuah persatuan yang memberi inspirasi, atau semangat kepada ahlinya untuk terus menyumbang dan juga memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar sekolah. Faciteam telah banyak mengajar ahli-ahlinya terutamanya sekali mengenai soft skills dan keyakinan diri. Saya begitu terhutang budi kepada Faciteam dan salah satu cara untuk membayarnya ialah dengan terus menyertai program dan terus berkongsi dengan pelajar-pelajar sekolah sebagai seorang fasilitator di dalam Faciteam, kerana saya percaya, setiap benda yang kita dapat dan pelajari, haruslah disalurkan kepada orang lain untuk mendapat keberkatan ilmu.
Perjalanan sebagai fasilitator amat best tapi sangat mencabar. Ada naik ada turun. Bermula sebagai junior dan terus menjadi senior. Semakin lama semakin kurang orang di sekeliling kita dan semakin ramai takut untuk memegang tanggungjawab sebagai senior fasilitator dalam Faciteam.
Perjalanan sebagai fasilitator akan selalu dinilai, terutamanya apabila Shura Meeting bakal bermula iaitu proses pemilihan Chief Coordinator (CC) yang baru dan Management Committee (MC) yang baru. Terlalu banyak ciri-ciri kepimpinan diperdebatkan semasa Shura, terutamanya ciri-ciri seorang Chief Coordinator. Bagi saya, ciri-ciri yang penting ialah skills individu dan kemahuan.
Faciteam menyediakan platform latihan dari segi intra- dan inter-personal skills. Skills yang dimaksudkan seperti skill berkomunikasi, PR, management, leadership, public speaking dan banyak lagi. Salah satu objektif penubuhan Faciteam ialah untuk melahirkan all-rounder student atau wholesome student yang merangkumi semua aspek dan aspek ini dipelajari di dalam Faciteam.
Kemahuan lebih kepada daya usaha, initiative, kreativiti dan pengorbanan. Kemahuan lebih kepada pengalaman diri sendiri dan lebih terikat dengan niat seseorang. Faciteam memerlukan ahli-ahlinya mempunyai semangat kemahuan yang tinggi, seperti kemahuan untuk belajar, kemahuan untuk diajar, ditegur, kemahuan untuk bersama-sama dalam Faciteam , kemahuan untuk mendekati dan didekati,dan kemahuan untuk berkorban.
Faciteam memerlukan seorang CC dan satu barisan Management Committee yang mempunyai skills hasil dari proses latihan dalam Faciteam dan semangat kemahuan yang tinggi. 2 perkara ini wajib ada!
Tetapi sejauh mana kita mempunyai ahli-ahli yang memenuhi 2 kriteria ini? Seramai mana kita mempunyai ahli-ahli sebegini???
Bagi saya, 2 kriteria ini penting untuk survival Faciteam. Mungkin ada yang pelik, kenapa Faciteam harus diselamatkan atau harus dijaga dengan elok-elok. Jawapannya ialah simple, Faciteam harus sentiasa gah membawa inspirasi dan semangat generasi-generasi senior yang bersusah payah membawa Faciteam seperti yang ada sekarang. Jika inspirasi dan semangat terdahulu tidak dibawa, dihalang atau diusir oleh pihak tertentu, maka sia-sia lah perjuangan generasi terdahulu yang bersusah payah menaikkan Faciteam.
Faciteam tidak boleh disamakan seperti persatuan lain dan tidak boleh disamakan seperti Kulliyyah-Based Society. Faciteam ditubuhkan bukan untuk mencari ahli semata-mata atau terima program sekolah semata-semata. Faciteam lebih daripada itu.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama betulkan niat kita menyertai Faciteam. Tepuk dada, tanya niat anda.Tidak kira lah kita di dalam Faciteam atau di mana-mana sahaja, kita haruslah memperbetulkan niat kita setiap masa dan pastikan niat pertama kita ialah ikhlas kepada Allah.
Kalau dulu, senior selalu memberi pesanan kepada saya supaya meneruskan perjuangan Faciteam dan mereka mahu melihat Faciteam masih ada di UIA Kuantan dengan gah nya. Harapan saya kepada Faciteam hanya satu, sama seperti yang telah dipesan kepada saya dulu-dulu iaitu teruskan lah perjuangan dalam Faciteam, harap Faciteam masih ada di bumi UIA Kuantan pada masa depan.
Kurangkan perasaan tak ambil kisah, kurangkan perasaan “cepat terasa”, kurangkan perasaan mencari salah orang, kurangkan usaha mencari punca salah yang tak jumpa-jumpa, kurangkan perasaan menunggu orang lain, kurangkan perasaan “mengikut flow” dan kurangkan perasaan “tak sabar nak abes jadi MC”…Semua perasaan ini merugikan orang lain dan tidak mendatangkan untung kepada semua pihak…
Banyakkan bertindak dan percepatkan tindakan anda. Perjalanan masih jauh, perlu diteruskan dan ramai menunggu anda di hujung destinasi.
Sekian.
“perjalanan ini masih diteruskan dan semoga mendapat keberkatan-NYA, insyaAllah…” - Ilman Hadree Idris
Untuk CC baru dan MC baru
Posted by Faciteam on 15:26 with No comments
Categories: Hikmah
Related Posts:
Separuh Ramadhan telah berlalu...Sedar tak sedar, hari ini telah separuh bulan ramadhan dilalui...ini bermakna tinggal separuh bulan lagi untuk kita lalui bulan yang mulia ini...persoalannya, adakah kita telah memenuhi separuh bulan ramadhan pertama dengan s… Read More
Secebis nota picisan~Salam...maaf semua krn sudah lama tak menjenguk laman facebook FaciTeam.. Apakan daya, kesibukan melanda; ditambah lg dgn kerunsingan status diri sbg penanam ladang anggur lg nieh.. Huhu.. Ape khabar semua? Harap2nya masih k… Read More
Tapisan PendakwahSalam semua.. Akak tengok beberapa komen ‘selamatkan faciteam’ ni membuatkan akak heran.mungkin ada senior yang menyalahkan jr. & ada jr yg menyalahkan senior..tapi x kira jr or senior, tepuk dada tanyalah iman.. mungkin … Read More
Tunjang Fasilitator FaciteamSetiap fasi telah dilatih dari awal dan diberitahu tentang definisi fasilitator...sume tau fasilitator bermaksud pemudahcara...namun, seorang fasilitator muslim yang syumul maksudnya tidak terhad disitu, malah amat sukar utk … Read More
Bulan Ramadhan...bulan FacilitatorAssalamualaikum pada semua fasilitator...sekian lama saya tidak mencoretkan kata-kata di laman ini...yelaaa, bila terlalu banyak sgt bercakap, adalaa orang2 yang tak senang hati dan cakap kita ni banyak cakap bukan2 dan melem… Read More
0 comments:
Post a Comment