Sedar tak sedar, hari ini telah separuh bulan ramadhan dilalui...ini bermakna tinggal separuh bulan lagi untuk kita lalui bulan yang mulia ini...persoalannya, adakah kita telah memenuhi separuh bulan ramadhan pertama dengan sebaik mungki??apakah yang perlu dilakukan untuk separuh bulan yang kedua ini???
alangkah sayunya hati pabila terkenang kita sedang berada di separuh kedua bulan yang mulia ini...bulan ramadhan ini memberi ketenangan kepada jiwa berbanding pada bulan lain...terasa hati dan jiwa ini tenang dan aman tanpa sebarang pergolakan, serabut dan lain2lain lagi...betul tak???adakah kita akan menemui bulan ramadhan ini pada tahun depan atau adakah ini kali terakhir untuk kita...
adakah kita telah membersihkan hati dan jiwa kita setakat ini...bulan ramadhan merupakan bulan untuk mentazkiyyah dan mentarbiyyahkan diri kita yang selama ini tercemar dengan kekotoran yang ketara...marilah kita gunakan sepenuhnya bulan ini untuk mentazkiyyahkan diri kita dan kembali kepada fitrah kita yang asal...
saya menyeru kepada semua fasi agar kita menggunakan bulan ramadhan yang penuh berkat ini untuk muhasabah, mensucikan dan mempertingkatkan diri kita...sebagai pendakwah yang berusaha dengan kuat dalam perjuangannya, inilah ruang yang Allah bagi kepada kita untuk membersihkan jiwa kita, memenuhkan jiwa kita dengan kekuatan dan semangat serta keyakinan pada Allah melalui amalan2 yang kita lakukan...seterusnya kita akan menyusun kembali dan meneruskan kembali perjuangan kita dalam faciteam sebagai pendakwah dengan meneruskan program2 yang telah dan akan dirancangkan dengan sepenuh hati, semangat dan keazaman...
dengan harapan, selepas saja kita menyempurnakan bulan Ramadhan ini, akan lahirlah fasi2 yang mempunyai jiwa dan semangat serta keazaman yang kental serta minta serta mental yang mantap dalam meneruskan usaha dakwah ini....
marilah kita bersama2 berdoa agar Allah memberikan kita keampunan, hidayah dan petunjuk serta pertolongan dalam usahah kita ini berserta kekuatan daripadaNya...
Insya Allah
Oleh: Firdaus Mohd
Thursday, 13 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment