Saturday, 22 September 2012

Dimana sepatutnya kita berada?

Posted by Faciteam on 12:19 with No comments

Zaman sekarang,boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang pelik jika hampir setiap hari terpapar didada akhbar berita tentang masalah remaja yang dilaporkan. Antara masalah yang kerap di gembar-gemburkan adalah kes buang bayi. Terlalu dasyat untuk diceritakan,dari kawasan pembuangan sampah sehingga ke dalam lubang najis bayi ditemui. Tak terjangka oleh naluri manusia yang ada manusia sanggup bertindak untuk membuang bayi yang masih kecil dan tidak berdosa.

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Jumlah diatas menunjukkan  seramai 152 182 anak telah didaftar, tetapi bagaimana pulak anak yang tidak didaftarkan dan ditemui mati kerana dibuang .Jumlah ini bukanlah sedikit tetapi sangat membimbangkan. Hal ini kerana anak-anak ini akan menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan. Bukan sekadar masalah dari segi pendaftaran nama yang hendak dibin atau berbintikan dengan nama siapa, malahan taraf kewarganegaraan yang tidak pasti dan mereka yang tidak bersalah ini turut dihantui dengan ‘title’  anak luar nikah yang sentiasa mengundang pelbagai tohmahan masyarakat.
Bagaimana pula dengan kes pengguguran anak? Disebabkan terlalu takut hasil ‘kasih sayang’ dengan pasangannya menarik perhatian ramai, satu lagi dosa dilakukan. Maka,tindakan bodoh mengugurkan anak diambil. Hasil tulisan buku Ahmadi Haji Baharuddin dalam bukunya ‘Menjadi Survivor dalam Dunia Penuh Cabaran’ menyatakan 60-90 kes pengguguran yang dilaporkan  berlaku dalam masa sebulan. Jumlah itu tidak termasuk purata 10 kes ditemui mengandung anak luar nikah sehari dan kebanyakannya adalah remaja dan mahasiswa di IPT-IPT yang terdesak.
Perkara yang berlaku di atas merupakan kesan daripada masalah gejala sosial yang berlaku, antaranya adalah berpasang-pasangan sedangkan tiada hubungan yang halal diantara mereka. Berpasangan atau ber’couple’ adalah perkara yang dipandang remeh oleh masyarakat.Hatta pelajar berumur 10 tahun turut mempunyai pasangan. Memang tidak dinafikan perasaan ingin menyayangi berlainan jantina itu fitrah,tetapi jika berpegangan tangan,berpelukan ,berkucupan dikhalayak ramai itu sudah melebihi batas,malahan lebih teruk bersenggama. Apabila perut mula memboyot,baru lah rasa takut dan malu mula menguasai diri. Sangat mengecewakan apabila ada yang sanggup mengugurkan anak dan membuang anak berkali-kali tanpa rasa takut pada yang ESA.
Persoalan yang sering timbul adalah apakah punca masalah diatas? Adakah kerana kurang guru  memantau pelajar dengan baik?Ibubapa gagal dalam didikan sejak dari kecil? Kerajaan yang hanya membiarkan masalah ini berleluasa?Atau badan-badan tertentu yang tidak memainkan peranan mereka? Satu lagi persoalan yang timbul,apakah solusi masalah ini? Berhenti menuding jari kepada orang lain.Jika satu jari menunding orang lain, empat lagi jari menunding pada diri kita sendiri. Adakah kita termasuk dalam statistik diatas atau sebagai orang yang mencari solusi masalah? Dimana sepatutnya kita berada?

Oleh: RnD Faciteam

Categories: ,

Related Posts:

  • GRADING REPORT: FACILITATOR SQUAD TRAINING 1 PROGRAMME FASILITATOR SQUAD TRAINING 1 (FST1) DATE/DAY:29th-30th September 2012/ Saturday and Sunday VENUE TAMAN PERTANIAN JUBLI PERAK SULTAN AHMAD SHAH, KUANTAN HEAD FACILITATOR: MOHD SHUKRI HANAFI TOTA… Read More
  • Dimana sepatutnya kita berada? Zaman sekarang,boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang pelik jika hampir setiap hari terpapar didada akhbar berita tentang masalah remaja yang dilaporkan. Antara masalah yang kerap di gembar-gemburkan adalah kes buang ba… Read More
  • Grading Report: Program Menuju Gemilang PMR SMK MARAN Program: Program Menuju Gemilang PMR Venue: SMK Maran Date: 17-19 Feb 2012 H/FACI : HAZWAN ABD RAZAK RESEARCH SLOT/LDK Mostly not referred to the original modul indicated due to change of plan and to  … Read More
  • Grading Report: Kem Sentuhan Nurani IKIP 2012 PROGRAMME:KEM SENTUHAN NURANI DATE/DAY:25/3/2012 VENUE:IKIP CHAIRMAN:MOHD ARIF ALWAN BIN KHALID TOTAL RESPONDENTS:46 RESEARCH SLOT/LDK Locations  were inconvenience Facilitators succeed to  tackl… Read More
  • GRADING REPORT: ORANG ASLI MAHABBAH PROGRAM 3 PROGRAMME: ORANG ASLI MAHABBAH PROGRAM 3DATE/DAY: 20 – 23 OCTOBER 2012VENUE :KG LERYAR PROGRAM MANAGER :MUHAMMAD IZZUDDIN BIN AZIZITOTAL RESPONDENTS :20RESEARCHOBJECTIVES• Strengthen the bond with the villagers• To incr… Read More

0 comments:

Post a Comment