Tuesday, 2 October 2012

Bedah Filem 'Laskar Pelangi'

Posted by Faciteam on 15:21 with No comments

Pada 25 Februari 2012 yang lalu, Bedah filem 'laskar Pelangi' telah diadakan di Musollah Kulliyah Farmasi pada pukul 9.00 malam. Filem ini adalah adaptasi dari novel Laskar Pelangi hasil tulisan Andrea Hirata. Sebelum tanyagan filem bermula, kami telah dibahagi-bahagikan dengan watak-watak dalam filem ini seperti Lintang, Ikal, Ibu Muslimah, Pak Harfan,pak zulkarnain, Cikgu Bakri dan lain-lain . Setiap seorang mendapat satu atau dua watak untuk diperhatikan dan hayati sepanjang tanyangan berlangsung. Kami dikehendaki membentangkan tentang watak tersebut setelah selesai tanyangan.


Cerita ini mengisahkan tentang anak-anak Belitung yang bersekolah di sekolah agama Muhamadiah. Hidup didalam kemiskinan tidak mematahkan semangat mereka untuk belajar di sekolah. Filem ini mengetengahkan Lintang sebagai watak utama manakala Ikal sebagai pencerita. Kecekalan semangat Lintang ke sekolah telah ditunjukkan dalam babak Lintang telah terserempak dengan buaya semasa perjalanan ke sekolah dan sanggup menunggu sehingga buaya itu beredar. Semangat anak-anak Belitung ini telah diasuh oleh Pak Harfan sebagai pengetua dan Ibu Muslimah sebagai guru yang tak kenal erti putus asa mengajar mereka di sekolah Muhamadiah. Sementara itu, Pak Zulkarnain adalah sahabat baik Pak Harfan dan dia adalah penyumbang kewangan dan makanan terbesar sekolah Muhamadiah. Sumbangan dari Pak Zulkarnain telah melancarkan operasi sekolah tersebut. Selain itu, watak Cikgu Bakri didalam cerita ini diibaratkan sebagai watak antagonis dimana Cikgu Bakri telah meninggalkan Sekolah Muhamadiah kerana mendapat tawaran yang lebih lumayan dari sekolah ini. Dia juga telah menyedarkan bahawa tiada siapa lagi yang mahu menghantar anak-anak belajar di sekolah agama. Namun, pemergian Cikgu Bakri tidak melunturkan semangat Ibu Muslimah meneruskan perjuangannya mengajar anak-anak Belitung yang digelarnya sebagai Laskar pelangi. Cerita diakhiri dengang Lintang seorang yang bijak dan berfikiran jauh itu tidak lagi ke sekolah disebabkan kematian ayahnya. Dia terpaksa berkerja untuk menyara keluarganya. Apabila besar dan berkeluarga, anak Lintang juga turut punyai semangat sepertinya.

Setelah perbincangan mengenai watak selesai, saudara Arif telah mengemukakan soalan kepada kami tentang adakah Lintang  tergolong dalam golongan orang yang gagal? Jika tidak, apakah definisi sebenar seorang yang berjaya? Bagaimana seseorang itu dikatakan berjaya? Adakah berjaya itu dinilai jika seseorang itu berjaya melengkah ke universiti? Dimanakah nilai sebenar kerjayaan?

Menurut Prof Syed Naqiub Al-attas, pendidikan akan menjadikan seseorang itu good man. Iaitu   menjadi insan yang baik, bukan menjadi pandai semata-mata. Berjaya yang sebenar adalah memahami nilai agama dan patuh perintah Allah. Tidak kira anda seorang nelayan, guru, tukang kebun atau seorang pegawai, hakikat bertuhan jangan dilupakan.

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan. sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya"
 (Surah Al-Hujurat: 13) 

Krisis Pendidikan yang perlu kita lihat sekarang adalah kita tidak faham makna pendidikan dan makna kejayaan. Sesetangah orang menilai pendidikan berdasarkan jumlah tahun yang dihabiskan di universiti ataupun jumlah ijazah yang dimiliki. Adakah pendekatan kuantitatif bergini menghasilkan peribadi yang baik? Bukankah ijazah itu penting? Ya, ijazah boleh bantu kita dapat pekerjan tetapi tidak menjamin kejayaan kehidupan meskipun kejayaan di tempat kerja terutamanya pendidikan yang berorientasikan hafalan. Pendidikan penbangunan akal itulah yang sebaiknya. Makanya, segala yang mebantu meningkatkan kemapuan fikiran dan minda dianggap pendidikan. Oleh itu, sumber pendidikan boleh diperoleh dimana-mana. Namun ramai yang beranggapan sumber terbaik mendapat pendidikan adalah di universiti termasuk kita sendiri. Jika tidak masakan kita sedang berlajar di universiti sekarang ini. Tetapi jangan dilupa, memiliki segulung ijazah itu tidak dianggap sebagai telah memilik pendidikan tetapi usaha menbangunkan minda itulah nilai pendidikan sebenar.

"Sekolah ini adalah sekolah dimana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan sekadar dari angka-angka tapi dari hati" 
(Pak Harfan, Laskar Pelangi)

Pengakhiran sesi bedah filem ini diakhiri dengan resolusi iaitu apa tindakan kita selepas ini. Sebagai seorang fasilitator, gunakan masa bersama adik-adik di dalam LDK sebaik-baiknya dengan mengingatkan mereka tentang tujuan belajar serta tujuan hidup. Praktikkan fasilitator sebagai pemudah cara.

Faith: The Spirit That Move Us 

Oleh: Kamilatunnisak Binti Ateman



   

Categories:

Related Posts:

  • Bedah Filem 'Laskar Pelangi' Pada 25 Februari 2012 yang lalu, Bedah filem 'laskar Pelangi' telah diadakan di Musollah Kulliyah Farmasi pada pukul 9.00 malam. Filem ini adalah adaptasi dari novel Laskar Pelangi hasil tulisan Andrea Hirata. Sebelum ta… Read More

0 comments:

Post a Comment