Friday 26 October 2012

Travelog: Orang Asli Mahabbah Program 3 [Edisi Liyana]

Posted by Faciteam on 02:49 with 1 comment

Kg Leryar : Mencipta Sejuta Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim.... Aku biasanya tak suka menulis tapi entah kenapa hari ni terasa begitu teruja nak menekan keypad laptop ni. Terasa nak berkongsi sesuatu dengan semua. Terasa nak meluahkan apa yang terbuku di dada. Semoga penulisan aku ni tak disalah erti dan tak membawa kemudaratan bagi yang membacanya. Oleh kerana aku bukanlah seorang yang 'skema' jadi penulisan ini sekadar penulisan santai. Biar tampak santai tapi penuh makna.

Jumaat - 19/10/2012 :
Malam induksi untuk semua komiti OAMP3. Tempat; CFBro,UIA Kuantan. Masa;8:30 malam. Aku dan Jannah sampai lewat sikit malam tu.Sampai je kat CFBro, saudara Arif Alwan selaku Chief Coordinator Faciteam tengah bagi tazkirah ringkas tentang tema dan matlamat Orang Asli Mahabbah Programme 3 (OAMP3). Menggunakan tema "Share The Beauty of Islam", mula-mula tu terpikir jugak kenapa nak share the beauty of islam kat orang-orang asli sedangkan kita semua maklum yang islam tu sememangnya indah. Oh rupa-rupanya bila sudah sampai di Kg Leryar barulah aku faham kenapa perlunya kami menyebarkan keindahan islam di sini. 

Kata abang Arif "Islam dan diri kita umpama cahaya dan cermin". Dah apa pulak tiba-tiba masuk pasal cermin dan cahaya pulak ni? Oh rupa-rupanya Islam itu umpama cahaya. Cahaya yang menyuluh ke arah kita,yang akan bawa kita ke jalan yang lurus, ke jalan yang benar, yang menjadi satu-satunya peneman kita untuk bahagia di kehidupan selepas kematian. Dan diri kita pula ibarat cermin. Kita yang memantulkan cahaya Islam itu kepada orang-orang sekeliling kita. Okay kita imbas sikit konsep pantulan cermin. Permukaan cermin yang rata akan menghasilkan pantulan yang paling baik dan cantik manakala cermin yang mempunyai permukaan yang tak rata menyebabkan cahaya yanag terpantul akan kelihatan berselerak dan sedikit malap. Sekarang bayangkan kita ialah cermin itu. Cuba lihat dimanakah tahap diri kita sekarang. Adakah kita menjadi cermin yang baik atau tidak? Adakah kita cermin yang mempunyai permukaan yang licin dan cantik atau sebaliknya? Terkedu aku seketika bila membayangkan dimanakah level diri aku sekarang. Terlalu jauh untuk sampai kepada tahap menjadi cermin yang licin dan cantik. Terlalu jauh untuk ke arah itu.

Masa ni hati aku dah mula berdebar-debar.Macam mana nak jadi cermin yang baik di mata masyarakat orang asli Kampung Leryar? Ilmu yang ada pun tak penuh di dada. Apa yang nak aku pantulkan? hrmmmm~

Sabtu - 20/10/2012:
7.30 pagi aku dan Jannah bertolak dari Mahallah Tabari ke CFsis. Sampai sahaja kat sana, ramai dah ahli faciteam yang lain dah berkumpul dengan beg dan barang-barang. Kebetulan pagi itu hujan renyai-renyai dan semakin lama semakin lebat. Aku ni pulak bila dapat tengok sesuatu ciptaan Allah, mulalah membuat andaian sendiri. Contohnya, kita tahu hujan itu salah satu tanda rahmat Allah dan kebetulan pagi sebelum kami bertolak hujan turun. Hati aku terus terdetik "Apakah petanda hujan pagi ini? Adakah rahmat ini diturunkan untuk kami bawa pergi ke Kg Leryar? Adakah rahmat yg diturunkan pagi ini sebagai satu penjentik semangat untuk kami meneruskan misi menyebarkan indahnya Islam kepada masyarakat orang asli?" Hrmm entah. Allah sahaja yang lebih mengetahui. 

Perjalanan tetap kami teruskan. Hujan bukan pematah semangat! Masa dalam bas, gurau senda antara kami jadi penghibur hati. Haha tak sangka la pulak yang peserta-peserta OAMP ini bukan setakat berpandangan jauh tapi mereka semua kelakar. Boleh dibawak bergurau la senang cerita. Komiti modul yang bertungkus lumus buat gaya untuk nasyid 'Sayang-sayang' dan 'Guruku Tersayang'. Gelagat mereka mencuit hati kami. Akhirnya semua orang pun turut nyanyi bersama-sama. "Guruku tersayang..guruku tercinta..tanpamu siapalah diriku..tak bisa baca tulis..mengerti banyak hal,guruku terima kasih..." macam itu la lebih kurang lirik lagu tu. Siap ada request nak nyanyi 3-4 kali. Haha tu baru antara komiti. Bila dengan adik-adik nanti tak tahu la macam mana ekspresi mereka. Mungkin suka. Mungkin tak suka.Entah. Kami tiada jawapan untuk persoalan itu.

Dan akhirnya kami sampai di Kampung Leryar, Cameron Highland. Masa ni serius tak tipu debaran kat hati makin kuat. Berdebar-debar tengok gelagat adik-adik yang begitu teruja melihat kehadiran kami. Berkerumun dekat bas. Komiti modul mula play role. Ajak adik-adik main bola, buat modul. Mainlah apa saja asalkan kami dapat keluarkan barang dengan senang. 

Yang brothers tidur di surau.Yang sisters tidur di balai. Tempat dah nampak selesa. Tapi cabarannya....kat balai takde elektrik! Haaa mulalah hati ni dup dap dup dap. Macam mana nak cari barang? Macam mana kalau panas? Hati kecil mula berbicara. Dan tiba-tiba seorang komiti berkata "Ingat balik matlamat kita datang sini. Bukan untuk suka-suka. Kita ada misi utama." Tersentap kejap. Fitrah manusia itu mudah lupa. Sebab itu manusia diciptakan untuk saling mengingati. Ciptaan Allah itu bukan satu benda yang sia-sia. Cuma kita yang kadang-kadang terleka dan tak terasa apa tanggungjawab kita.

Komiti catering pun memulakan tugas memasak di dapur. Hehe untuk pengetahuan, aku salah seorang daripada komiti catering yang terdiri drpd Kak Aten, Husna, Ada, Ezzati, Bui dan Ajie. Oh lupa pulak! Sahal pun ada tolong.Tapi Sahal dapat tolong sekejap sahaja sebab Sahal hanya datang untuk dua hari, lepas tu dah kena balik UIA. Haa punyalah riuh dapur, semua komiti catering sangat la sporting. Ehem! Masa tengah sibuk bersilat kat dapur, tiba-tiba datang Bro Hamzah selaku pegawai pengiring kami cakap "cepat sikit ye,hari dah nak hujan ni. Cuba tengok langit tu, dah gelap. Saya risau kalau hujan lebat nanti." Allah! makin la risau kami sebabnya kami hanya masak atas dapur beralaskan jalan tar. Affiq, Ajie dan lain-lain sedang berusaha mengambil khemah dari kampung sebelah katanya. Dan akhirnya hujan mula turun renyai-renyai. Sardin masih sedang dimasak atas dapur. Nasi baru siap dimasak. Air tak masak lagi. Hari sudah makin gelap. Lampu takada. Masa tu dalam hati berdoa la banyak-banyak semoga urusan kami dipermudah. Alhamdulillah lepas itu khemah dan lampu sampai. Bertungkus lumus para komiti brothers memasang khemah dan menyudahkan masakan.

Waktu ni baru lepas sembahyang isyak. Kak Aten suruh aku ambil sesuatu dari dalam balai. Adik-adik orang asli ada dalam balai dengan komiti modul. Praktis lagu 'sayang-sayang' dan 'guruku tercinta'. Ternyata adik-adik ni memang suka sangat muzik dan nyanyian. Mereka sangat gembira memeluk abang Don beramai-ramai hingga terbaring atas lantai. Kagum aku melihat ketabahan komiti modul melayan karenah adik-adik. Pika, Mizah, Nanad, Wani, Sarah dan Ajmal yang bersungguh-sungguh bermain dengan adik-adik. Kalau aku jadi mereka, pasti awal-awal sudah menangis.wuwuwu. Okay,cerita masih perlu diteruskan. Masa komiti brothers pasang khemah, lampu hilux jadi sumber cahaya utama. Dan tak semena-mena adik-adik yang sedang 'bersayang-sayang' dalam balai tadi tiba-tiba meluru keluar ke arah tapak khemah. Aku yang baru nak pergi ke kawasan memasak terus terkejut. Aku letakkan barang yang Kak Aten pesan dan terus tolong komiti modul utk panggil adik-adik masuk dalam balai. Masa ni tak tahu nak cakap macam mana. Punyalah ramai adik-adik kat luar ni. Bila ditanya "adik kenapa keluar? Akak dengan abang kat dalam tu tak habis lagi nyanyi lagu sayang-sayang" dan jawapannya "saya nak tolong abang-abang ni kak." Haa punyalah murni hati mereka.Waktu itu sedang hujan dan mereka masih seronok bermain diluar dan masih mahu menolong abang-abang yang sibuk memasang khemah. Mereka masih kecil. Umur baru setahun jagung. Tapi sudah punya hati mulia mahu menolong yang dewasa. Kalau kita berada di tempat adik-adik ini,apakah kita akan berfikiran yang sama dengan adik-adik ini?

Akhirnya menu makan malam siap. Menu malam itu sayur goreng,sambal sardin dan nasi. Air masak jadi ulaman. Lagi sekali hati aku tersentap melihat telatah adik-adik ketika nak makan. Berebut-rebut mereka datang mengerumuni komiti yang sedang makan. Kelihatan seperti mereka kelaparan yang teramat. Terpaksa aku menyuruh para komiti menghabiskan makanan dengan cepat. Ketika kami meletakkan talam ditengah-tengah adik-adik, mereka terus capai talam dan makan tapi kami sempat menegah kerana doa makan belum dibaca. Masa ni terdetik kat hati "lapar rupa-rupanya adik-adik ni. Tak makan dulu ke kat rumah? Kesian tgk mereka" terus aku panjatkan kesyukuran sbb dilahirkan dalam keluarga yang cukup sederhana. Tak kaya. Tak miskin. Tapi cukup sekadar utk meneruskan kehidupan. Doa makan dibaca. Adik-adik bersedia untuk makan. Penuh berselera. Dari jauh,aku tersenyum. Terkenang bagaimana susahnya ibu yang berpeluh-peluh di dapur menyiapkan makanan untuk anak-anak dan bagaimana penatnya si ayah mencari rezeki. Anak-anak diutamakan. Kepentingan diri diabaikan.Syukur Alhamdulillah.Terima kasih emak.Terima kasih ayah. Usai makan, hati aku tercuit dengan telatah seorang adik. Mata dia dah mengantuk. Dia lalu di depan aku dan berkata "saya  dah kenyang kak. Saya nak balik rumah boleh?" haha comel betul adik ni.
Selesai malam pertama setelah habis post mortem dan kami tidur dalam keletihan. Kes tiada elektrik kat balai raya terus dilupakan. Hari esok pasti lebih besar cabaran!

Ahad - 21/10/2012
Pagi yang sangat sejuk! Kami semua menggigil kesejukan.Usai qiam,solat subuh,tazkirah dan bacaan mathurat, semua komiti bersedia untuk beriadah. Dan untuk komiti catering, kami sudah bersedia dengan pisau, sudip, kuali, bawang dan semua senjata untuk berperang di dapur! Go team catering go! Aktiviti hari ini: riadah, ziarah, medical check up, slot gigiku cantik, jom mahabbah dan jom masak. Untuk malam ada usrah dan video upin ipin.betul betul betul.hihi :D 

Tak banyak yang aku nak ceritakan pasal aktiviti hari ni kerana aku sibuk memasak dengan team katering kat dapur.Tapi sempat lah mata meliar tengok kemeriahan komiti yang lain beriadah. Brothers main bola dan sisters main baling selipar. Suasana tak ubah macam masa kecil-kecil dulu.Haih terasa nak balik zaman kanak-kanak. Bila tengok sekeliling, kawasan kampung Leryar ni memang cantik. Aman. Damai dan tenteram. Kat sekeliling ada kabus, udara pun segar.Rasa segar sangat.Tak macam kat tengah-tengah bandar.Pagi-pagi lagi sudah hirup asap kenderaan. Penuh dgn pencemaran.Huhu.Itu la akibatnya bila manusia yang semakin rakus dengan pembangunan dan kemewahan.Diri sendiri menjadi mangsa tanpa disedari. Mudah sakit sana sini.

Jom mahabbah menjadi pengikat ukhuwah antara komiti dan masyarakat Kg Leryar untuk hari ni. Ada pertandingan futsal dan pertandingan memasak. Perlawanan futsal aku kira yang paling mencabar untuk komiti brothers. Manakan tidak,abe-abe Kg Leryar sangat hebat! lari laju dan tendangan padu! kalo tendangan tu kena kat perut...huhu boleh senak perut! Kalau tak percaya,boleh tanya kat komiti brothers sendri.Mereka lagi memahami.haha. :p

Pertandingan memasak tak kurang hebatnya.Nyata komiti sisters hebat memasak bersama amek-amek di dapur. Ada murtabak maggi. Ada agar-agar dan juga rojak buah yang kuahnya ada bawang. Pelik tapi sedap! Betul-betul memikat selera. Untuk slot medical check up dan gigiku cantik,team medical check up mengambil alih.Adik-adik diajar cara-cara memberus gigi dan abe-abe dan amek-amek diperiksa kesihatan mereka. Ubat-ubatan diagihkan untuk abe-abe dan amek-amek. Kesihatan diri semestinya diutamakan. Bila diri sihat,baru lah ibadah seharian mudah dilakukan.Kesihatan diri sangat penting untuk kita.Tubuh kita diperlukan untuk berbakti makmurkan bumi ini. Apa yang menarik,amek-amek dan abe-abe kurang berminat dengan ubat-ubatan. Mungkin mereka lebih suka dengan cara tradisional. Kata Kak Su,kecederaan yang mereka alami tak terasa sakit. Bila kita nak letak ubat,itu lah yg akan jadi sakit untuk mereka. Tak macam sesetengah daripada kita.Sakit sikit terus pergi jumpa doktor.Terus bergantung pada ubat-ubatan.Aku betul2 kagum dengan orang asli ni.Bila sakit tak bergantung dengan ubat-ubatan.Bila kami sejuk mesti pakai sweater tapi mereka rileks dengan baju lengan pendek.Macamana mereka boleh tahan ye? Hebatnya! 

Ziarah hari ini menekankan tentang apa itu syahadah, kepentingan syahadah dan sunnah nabi. Aku tak berkesempatan untuk join ziarah rumah ke rumah sebab tuntutan masak diutamakan.hihi.Tapi dengar pengalaman mereka yang berkesempatan menziarah,macam-macam ragam orang asli ini.Ada yang masih ingat kalimah syahadah tapi tak tahu apa maksudnya. Ada yang sudah lupa dan macam-macam lagi la.Dan inilah tujuan kami ke sini sebenarnya.Nak menyebarkan islam yang sebenar.Nak berkongsi ilmu dengan penduduk Kg Leryar. Memenuhi sebahagian tuntutan agama. Menambat hati penduduk kg Leryar tentang indahnya Islam. Pesan nabi kita, "smpaikanlah dariku walau satu ayat." Ya! Tanggungjawab kita menjadi khalifah di bumi. Sebarkanlah ilmu Allah itu.Biar sikit yang kita tahu tapi sebarkanlah ilmu yang betul.Semoga kita beroleh manfaat darinya.

Slot malam: adik-adik diajar tentang bacaan solat dan cara-cara bersolat mengikut tertibnya. Sekali lagi komiti modul memainkan peranan.Tersentuh hati tengok adik-adik membaca al-fatihah. Reflek balik pada diri, tak pernah pulak aku join program-program macam ini dahulu masa kecil-kecil.Kalau ada pun,join program waja diri, kem motivasi. Tapi Alhamdulillah emak ayah hantar aku kat sekolah.Tak cukup dengan sekolah kebangsaan, emak ayah hantar masuk sekolah kafa waktu petang.Malam pula hantar pergi mengaji.Alhamdulillah syukur.Agama aku tidak terabai.Aku tahu cara-cara bersolat. Aku tahu mengaji.Cuma malas atau rajin sahaja yang menentukan di tahap mana aku sekarang ini.

Malam ini team catering dan team modul diberi peluang untuk tidur awal sebab keesokan harinya lebih mencabar untuk kami.Lebih tenaga diperlukan.Mujur komiti yang lain ada untuk membantu kami.Dan inilah buat aku tertarik untuk terus berada dalam Faciteam.Semangat tolong-menolong dan tidak berkira tak ubah macam satu keluarga. Mereka juga kepenatan tapi mereka rela menolong kami. Menangis menahan pedihnya mata mengupas dan menghiris bawang bersama-sama. Bila makan orang kiri dan kanan didahulukan. Suapan pertama bukan untuk diri sendri tapi untuk orang sekeliling. Indahnya berukhuwah kerana Allah :)
-tamat hari kedua-

Isnin - 22/10/2012
Macam biasa.Pagi yang sejuk.Sejuk yang terasa smpai ke tulang.Kalau aku yang berbadan 'comel' ni boleh rasa sejuk smpai ke tulang,macam mana pulak orang yang kurus keding boleh tahan sejuk agaknya ye? Hari ni aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih mencabar. Ziarah hari kedua.Hari ini aku berkesempatan untuk sertai ziarah.Tapi hanya untuk satu rumah. Tak boleh tinggal dapur lama-lama.Kerja banyak tak buat lagi. Nanti ummi Aten marah.hihi. :)

Sekadar berkongsi pengalaman menziarah.Hari ini penduduk orang asli diedarkan dengan sedikit sumbangan berupa telekung,kain pelikat,tudung dan tasbih. Rumah pertama aku masuk.Hanya tinggal 3 orang sahaja. Kakak yang dewasa bekerja.Tak ingat pula nama mereka sebab susah nak sebut. Yang tinggal di rumah si kakak yang berumur 16 tahun, adik perempuan yg berumur 13 tahun dan juga seorang adik lelaki yg berumur 5 tahun.Soalan diajukan."adik ingat lg syahadah?" mereka hanya tersenyum dan berpaling.Malu dengan kedatangan kami mungkin.Soalan ditanya lagi "adik-adik solat tak?" mereka tersenyum dan menggeleng.Kami berkata "cuba sebutkan waktu2 solat dan jumlah rakaat" dan mereka menjawab "subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat,maghrib 3 dan isyak 4."  wah hebat! mereka tahu cuma tidak diamalkan.Tapi bukan salah mereka.Mereka baru memeluk islam.Mungkin mereka tiada  'cermin' yg rata sbg panduan utk melengkapkan tiang agama. Dan itulah tujuan kehadiran kami di sini. Berbalik pada matlamat; "Share The Beauty of Islam".

Bila diajar tentang wudu' tercuit hati saya bila kami bertanya sebelum sembahyang nak kena buat apa dan si kecil yg berumur 5 tahun berkata "kena ambil air sembahyang.." kami bertanya lg "macammana nak ambil air sembahyang tu? mula-mula kita bukak air dan kemudian..." si kecil terus memotong percakapan dan berkata "kena cuci tangan.." dan si kecil ini menerangkan langkah seterusnya.Wah! Terasa seperti mahu bertepuk tgn gembira. Masih ada sinar di situ. Moga si kecil ini boleh jadi pembimbing buat si kakak. Betul kata pepatah, jangan dilihat siapa yang berkata-kata,tetapi dengarlah apa yang dikatakannya. Dan kebiasaannya si kecil ini tidak pandai menipu. Mereka sering berkata yang benar. Semoga si kecil ini terus disinari cahaya keimanan.Semoga si kecil ini boleh menjadi insan yang berguna satu hari nanti. InsyaAllah. Ameen.

Dan malam ini merupakan malam kemuncak yang aku kira telah mengukir seribu makna. Meninggalkan kesan mendalam di hati.Ya ini malam terakhir kami di kampung ini. Sepatutnya ada slot tadabbur alam dengan adik-adik dan komiti.Malangnya tak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Lepas solat maghrib dan isyak berjemaah bersama-sama penduduk kg Leryar, para komiti bersedia untuk slot yangg paling dinantikan semua. Cultural Night. Ada fesyen show,ada nasyid,ada multimedia slide show dan persembahan daripada komiti brothers. "Senyum seindah suria yang membawa cahaya..senyum lah dari hati duniamu berseri.." tiba-tiba ada suara berkata dan dengan muka seriusnya "senyumlah abe..senyumlah amek.." haha suara abg Don la tu. Tergelak semua orang dibuatnya. Habis cultural night, terus makan malam.Semua orang disaji dengan nasi ayam buatan ummi Aten dan walid Ajie. Haha ni lah perkara yang seronok tentang team catering. Macam satu keluarga. Ada ummi. Ada walid. Ada adik beradik.Siap ada kembar lagi. :D

Adik-adik malam ni terlalu hyper active. Berkejar-kejaran dengan abang dan kakak komiti. Macam mengerti yang malam ini malam terakhir kami bersama-sama mereka.Nak buat post mortem pun tergendala seketika. Alahai budak-budak. Mana mungkin ada masalah dalam fikiran mereka dan kerana itulah mereka sentiasa ceria. Indahnya zaman kanak-kanak :) *tersenyum seketika*

Lepas habis post mortem,semua komiti sama-sama tolong kemas dapur. Kesian Kak Aten. Keletihan memasak dari pagi. Ajie pun. Mata dah tak boleh terbukak. Masuk hilux terus pengsan. Masa dah habis kemas dapur tu,aku tergerak hati pandang ke arah bulan. Cantik bulan malam ni. Separa penuh dan cukup untuk menerangkan seisi alam biarpun cahayanya sedikit kusam. Aku pandang kat langit. Subhanallah! Cantik sangat! banyak bintang bertaburan dan cahayanya cukup indah. Sangat indah. Terus aku selesaikan kerja-kerja yang berbaki dan ajak beberapa orang komiti untuk berbaring atas jalan tar. Nah! mudah kan kami bermodul? Cukuplah bintang di langit sebagai alat. Aku baring kat sebelah kanan kak Mira dan Pika kat sebelah kiri kak Mira.Aku berkongsi perasaaan aku sepanjang berlangsungnya program ini.Sambil lihat bintang-bintang di langit, aku berkata "inilah kali pertama saya dapat pengalaman yangg manis macam ni. Saya selalu berangan nak tengok bintang macam ni. Akhirnya angan-angan saya jadi kenyataan. Saya sekarang tengah bayangkan saya baring tepi pantai dan mentadabbur alam.Cantik kan bintang malam ni?" kata kak Mira "cuba tengok bulan tu dan tengok pulak bintang. Apa akan jadi kalau ada bulan tapi takda bintang?" aku menjawab "langit akan tetap cantik tapi tak secantik macam adanya bintang." Kemudian sahut Pika "kalaulah ditakdirkan satu hari bintang ni jatuh kat bumi, saya berdoa family saya,kawan-kawan saya,dan ahli-ahli Faciteam kita dan orang-orang sekeliling saya semuanya berada dalam lindungan Allah" zasss! Kata2 Pika terus buat airmata kami mengalir dan terus kami berpelukan.

Aku adakalanya tak faham kenapa aku boleh jadi begitu gembira bila berada dalam faciteam. Terasa hubungan yang terjalin sesama ahli begitu erat. Aku paling suka dengar ayat "kitakan satu keluarga.." dan aku akan terus mencari apa sebabnya kegembiraan aku berada dalam 'keluarga' yang begitu besar dan meriah ni. Mungkin bila dah jumpa jawapannya akan aku kongsikan kepada semua. *chewah! dah macam penulis la pulak fefeeling gini* ahaks! :p
Dan malam itu kami habiskan masa bersama-sama mentadabbur alam.Melihat alam ciptaan Illahi.

Selasa - 23/10/2012
Hari terakhir di Kg Leryar.Macam tak percaya diam tak diam dah empat hari kami menjalankan misi kami menyebarkan keindahan islam.Lepas sarapan pagi,mcm terasa seronok nak buat aktiviti dgn adik-adik.Maka berjayalah aku utk 'pulang' ke zaman kanak-kanak.Pagi tu aku berkesempatan main bola dengan adik-adik,buat aktiviti chicken dance,nyanyi lagu "sayang-sayang",nyanyi lagu "guruku tersayang" dan buat tarian banana.ops! jangan salah paham.Tarian banana ni tak over pun.Sekadar gerak-gerak tangan. Hehe dah terasa mcm part of komiti modul la plak. Kata kak  Fadzilah "bum ni lepas gian nak buat chicken dance ngn adik2" :D
Hehe betullah tu.Rasa macam tak lengkap pulak kalau tiap-tiap kali join program takada buat aktiviti dengan adik-adik.

Seterusnya kami buat ziarah wida' atau erti kata lainnya ziarah selamat tinggal. Sumbangan berupa beras dan sedikit keperluan asas diagih-agihkan. Masa ziarah ni kami recap tentang kalimah syahadah dan apa yang telah kami sampaikan bermula ziarah pertama smpai ziarah yg terakhir.Jeng jeng jeng! aku,Kak Kina dan Khai dapat cenderahati dari Kak Fida,salah seorang penduduk Kg Leryar.Dapat alas  meja yang dikait sendiri oleh Kak Fida. Memang confirm aku akan simpan sampai bila-bila. Biarpun simple tapi penuh makna. Mula-mula tu aku perasan yang orang-orang asli ni rumah mereka sangat kemas dan bersih.TV mesti ditutup dengan alas supaya tak berhabuk.Selipar kat depan rumah pun tak kelihatan.Kemas betul! Compartment aku kat UIA jauh lagi bersepah kot! Huhu malunya -.-' Lepas tu saja-saja la kami berseloroh dgn Kak Fida "akak,cantiknya alas ni.akak buat sendri ke?" Kak Fida jawab "ye akak kait sendri.Nak ke?Kalau nak akak boleh bagi.Tapi seganlah sebab alas tu akak dah guna.." naahhh! macam orang mengantuk disorongkan bantal, terus aku jawab "akak nak bagi ke? Kalau nak bagi boleh jugak.Boleh simpan buat kenangan sampai bila-bila." *hehehe.aku tersipu malu*. Kak Fida pun bagi la alas tu kat aku,Kak Kina dan Khai.Kesian Ajmal tak dapat.Kata kak Fida, Ajmal lelaki."akak bagi kat perempuan je.hihi.." takpelah Ajmal..takada rezeki la tu..

Masuk pula rumah yang seterusnya.Berbual-bual kami seketika.Kata seorang abe, "Terima kasihlah sudi datang kat kampung kami ni.Nanti ada masa,datang la lagi.Terima kasih sudi mengajar ilmu agama kepada kami..." kata isterinya pula "Kalau kamu dah balik,sunyilah kampung ni.Dah tak meriah lagi".Alahai.Masa ni terasa macam taknak balik la pulak.Nak duduk lagi kat sini.Tapi apakan daya, ada tuntutan yg lebih utama. Yang penting,aku tak sabar nak jumpa ayah.Nak salam ayah dan wish Happy Birthday kat ayah.Tak sabar jugak nak jumpa mak.Nak salam tangan mak. Lama dah tak jumpa sejak masuk sem hari tu.Rinduuu.Huhu.Maaflah aku ni manja sikittt dengan mak ngn ayah :D
Habis ziarah wida' kami berkemas siap untuk pulang.Lepas zohor terus kami punggah barang masuk bas.Sebelum bertolak balik tangkap gambar dulu dengan penduduk kampung Leryar.Entah bila lagi dapat jejak kaki kat Kg Leryar.Semoga aku punya kesempatan untuk datang lagi. Ameen.

Selesai salam bersalaman,semua komiti siap sedia amik tempat masing-masing dalam bas. Masa ni aku nampak Kak Ina sedih.Air mata dah bergenang.Aku tanya kenapa.Kak Ina kata dia sedih nak balik.Sedih nak tinggalkan Kg Leryar.Huuu dalam hati aku kata "Kak Ina ni jangan la touching sangat.Kang saya nangis jugak tak pasal-pasal je". Dan aku kira apa yg berlaku sepanjang program dah tinggalkan kesan yang sangat mendalam kat hati Kak Ina. Kalau tak, takkan la Kak Ina smpai nak menangis.Betul tak?

Lepas lambai-lambai tangan kat adik-adik,kat amek-amek,kat abe-abe, bas pun berjalan.Asalnya nak menuju ke Cameron Highland.Tapi atas sebab-sebab tertentu tak jadi pergi.Tak boleh pergi. Maka terpancarlah raut muka kesedihan kat muka para komiti. "Okay semua jangan sedih-sedih. Ada kegembiraan yang masih belum kita nikmati iaitu kegembiraan khatam Quran beramai-ramai," kata Abg Shuk selaku ketua DnI OAMP3. Dan kami pun khatam Quran beramai-ramai dalam bas. Lagi sekali tempat tak menjadi isu untuk kami. Atas bas pun boleh buat majlis khatam Quran. Simple. Tak perlu pulut kuning dan rendang.Dan untuk aku sendri, aku rasa mcm tak percaya.Pertama kali buat majlis khatam Quran atas bas. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Kami berhenti makan di Sg. Koyan.Lepas makan,buat post mortem dan akhirnya aku, Dya, Din, Husna dan Ezzati berpisah dengan komiti yang lain disini.Kami meneruskan perjalanan naik hilux. Menghantar Ezzati kepada keluarganya dan Husna mengikut sama. Aku, Dya dan Din teruskan perjalanan balik ke KL.Aku bersalaman dengan semua komiti sisters dan ada suara yg berkata "tak riuhlah bas lepas ni.Bum dah balik" haha terasa dihargai seketika. Cewah! Over la Bum ni :P

Hati aku tersentuh bila akak-akak sentiasa menelefon dan juga menghantar mesej.Kak Ina pesan kat Din suruh hati-hati bawak Hilux. Kak Aten selalu hantar mesej update keadaan kami yang dalam Hilux. Begitu jugak Kak Su yg menelefon biarpun tujuan asalnya untuk bertanya tentang duit. Tiada siapa yang memaksa mereka untuk bertanya khabar kami.Tapi mereka buat dengan kerelaan hati. Sungguh aku sayang mereka dan biarlah kasih sayang ini ikhlas kerana Allah.

Lebih kurang jam 11 malam akhirnya smpai la aku kat rumah tercinta.Rasa bahagia dapat lihat wajah emak dan ayah.Dapat salam ayah,cium pipi ayah sambil cakap "happy birthday ayah" :) 


Dan begitulah kisah 4 hari terukirnya kenangan di Kg Leryar, Cameron Highland. Banyak benda yang boleh dijadikan pengajaran,dijadikan pedoman. Orang asli ni sangat lah berjimat cermat. Makan pun sekadar yang perlu.Kalau ada pisang,mereka lebih suka buat pisang bakar sebab boleh jimat minyak.Tapi kita?Tapi aku? Adakalanya makanan yang berlebihan terbuang macam tu je. Orang asli begitu susah mencari rezeki.Ada yang gajinya RM10 sehari.Tapi kita?Tapi aku? Duit membazir beli itu ini.Sibuk mengejar kemewahan duniawi.Orang lain pakai android,phone canggih-canggih.Aku pun sama berebut nak pakai.Tapi mereka yang orang asli ni masih setia dengna handphone lama. Asalkan boleh berkomunikasi itu dah memadai.

Mereka agak jauh ketinggalan dengan ilmu agama. Mungkin bagi mereka kalimah syahadah telah cukup membuktikan keislaman mereka. Mereka kurang mendapat pendedahan. Boleh dikatakan mereka antara orang-orang yang terpinggir.Tapi kita?Tapi aku? Ilmu sudah ada depan mata tapi pura-ura jahil.Pura-pura tak tahu. Dan apa beza kita dan mereka? Tepuk dada tanya iman di dada.

Semoga perjalanan ini mampu membuka mata hati aku ke arah Islam yang sebenar, membawa aku kepada cinta Illahi, cinta yang hakiki.
Semoga ukhuwah yang terjalin sesama kami lebih erat, semoga Allah meredhai perjuangan kami ini. Allahumma ameenn~






teringat lirik lagu Shiela Hamzah "disini jua memori tercipta,walau seketika terjalin kasih kita. Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada kulupa"

1 comment:

  1. How to get to Las Vegas from Hooters Casino, 8-Eleven
    Directions to Hooters 안동 출장마사지 Casino, 8-Eleven. Las Vegas Blvd., Las Vegas, NV 89109, United States · From: 안양 출장마사지 Las 양산 출장마사지 Vegas, NV. 창원 출장안마 From 안산 출장샵 Map. Nearby: 0.1 mile. Save on:.

    ReplyDelete