Wednesday 28 November 2012

Marathon: Muslim Awareness Workshop (Rohingnya & Selatan Thai) --> Conference on Volunteerism --> Forum : Doktor professional, layakkah kita?

Posted by Faciteam on 13:06 with No comments
Bagaikan melakukan ‘marathon’, menghadiri ketiga-tiga program ini, bermula daripada mencakna isu semasa yang berlaku di Burma dan Selatan Thai, berkongsi idea tentang kerja-kerja sukarelawan, dan berakhir dengan isu yang saya amat minati, iaitu berkenaan profession saya sebagai seorang doktor (iA,  in 2-3 more years) ; they were life-time experienced. Tidak tahu bagaimana untuk mengarang tetapi setelah didesak oleh rakan-rakan untuk berkongsi, inilah yang termampu untuk dikeluarkan. Quoting from Kak Azizah, graduasi UIAM 2012 yang juga merupakan pelajar terbaik Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, UIAM Kampus Kuantan, “ilmu itu harus dikongsi..:).”Jadi, lembaran ini merupakan sedikit pencerahan daripada mereka yang saya sangat hormati kerana keBESARan JIWA mereka.

Muslim Awareness Workshop: Rohingya and Southern Thai, where is the Dot?

Diberikan oleh Bro Adli Zakuan, graduasi UIAM dalam bidang guaman. Muda lagi, baru berumur ~24 tahun, tetapi sudah meletakkan isu Rohingya sebagai misi hidupnya. (Bumi Arakan mungkin adalah rumah keduanya) Aktivis Global Peace Malaysia sepenuh masa. Ramai yang mempertikaikan mengapa sanggup meninggalkan kerja-kerja guaman yang hampir mencecah 10K sebulan, jawabnya “ini adalah panggilan untuk ummah"

Isu Rohingya.
Perlu dijelaskan, Rohingya adalah nama sebuah bangsa, bukan tempat, dan isu Rohingya bukanlah isu kemanusiaan semata-mata, tapi merupakan isu ummah kerana bangsa Rohingya, hampir 100% merupakan penganut agama Islam.
Apa yang berlaku ke atas Rohingya adalah tidak lain adalah satu gerakan penghapusan etnik yang amat terancang. Bermula dengan rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win pada tahun 1962, penindasan ke atas  Muslim Rohingya dan Muslim Burma seolah-olah diberikan green light. Solusi terbaru kerajaan Burma yang membenarkan bangsa Rohingya untuk memohon kerakyatan andai kata dapat membuktikan mereka adalah warga Burma adalah hanya untuk mengaburi mata dunia. Mana tidaknya, pada tahun 1982, kesemua dokumen yang berkaitan susur-galur keluarga mereka telah dirampas oleh kerajaan dengan alasan ingin memperbaharui dokumen kewarganegaraan. Malangnya, yang diberikan mereka semula hanyalah sehelai kertas putih yang tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Tidak ada bukti yang dapat membuktikan mereka adalah penduduk asal Burma walaupun dalam Suruhanjaya Siasatan Khas British 1938 termaktub bahawa mereka merupakan warganegara Burma…Again, history is  His Story.

Seperti yang telah disebut, ini adalah gerakan penghapusan etnik yang terancang. Insiden ini bukanlah pertama kali berlaku. Daripada Bro Adli, hanya insiden kecil sahaja boleh mencetuskan gerakan pengahapusan Muslim Rohingya. Contohya, beberapa waktu sebelum ini , hanya kerana seorang Muslim Rohingya berlanggar bahu dengan Buddha Rakhine telah menyebabkan beratus-ratus bangsa Rohingya terkorban. Isu kali ini lebih panas, dilaporkan lelaki muslim Rohingya ‘melakukan sesuatu’ kepada seorang wanita Rakhine. Namun dari laporan perubatan dan dari kaca mata seorang peguam, tiada langsung circumstantial evidences yang menunjukkan wanita tersebut pernah dilakukan sebegitu…aneh?

Apa yang dunia mampu lakukan…? Sebagai sebuah kerajaan yang terikat dengan perjanjian ASEAN, tidak banyak yang kerajaan Malaysia mampu dilakukan. NGO? Mahasiswa? Muslim? Diri sendiri?

Selatan Thai.
Disampaikan oleh Bro Muiz, dalam bengkel kali ini, tidak banyak yang dibincangkan berkenaan dengan isu Selatan Thai. Walau bagaimanapun, sekali lagi, isu Selatan Thai merupakan isu ummah. Daripada pengalaman Bro Muiz yang sudah hampir tiga kali melawat daerah ini, daerah ini adalah daerah yang tenang. Penduduknya langsung tidak memegang sebarang senjata. Berlainan dengan apa yang dilaporkan tentera Thailand dan media, yang mengatakan Selatan Thai adalah daerah pengganas, lalu terpaksa dikenakan perintah darurat. Padahal, beberapa inisiden sebelum ini yang dikaitkan dengan pengganas Selatan Thailand menunjukkan bukti-bukti bahawa insiden itu bukan daripada mereka….jadi daripada..?

Isu di selatan Thailand ini lebih tertumpu kepada isu pendidikan dan agama Islam dimana kerajaan Thailand  menyekat pembelajaran khususnya agama Islam dalam bahasa Melayu atau Arab. Harus diajar dalam bahasa Siam…jadi bagaimana? Apabila ditekan dari isu pendidikan, maka untuk membangunkan penduduk-penduduk di situ menjadi sukar. Teringat sebuah hadith yang bunyinya seperti ini, “Siapa yang mahukan dunia,hendaklah dia berilmu; siapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia berilmu; dan sesiapa yang mahukan keduanya haruslah mempunyai ilmu.” Jadi, tanpa ilmu, penduduk di Selatan Thailand ini boleh diperkotak-katikkan sesuka hati.

Sekali lagi, apakah yang boleh dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di sana?




Conference on volunteerism

Sepanjang berada dalam Dewan Belajar Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM Kuantan, mendengar pengalaman-pengalaman daripada speakers, cukup untuk menegakkan bulu roma yang ada. Tidak mampu untuk menulis semua yang dibicarakan, tapi mungkin boleh berkongsi sedikit sebanyak 'words of wisdom' dari mereka sebagai penaik semangat barangkali?

Madam Martinelli Hashim, (kata-kata beliau seperti ini):
“Gelaran mahasiswa bukan sekadar gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir, mereka dapat berbicara bahasa ummah”

"Hebatnya manusia yang apabila pagi bermula dia pun mula berharap hari itu dia dapat menolong orang lain yang memerlukan, menggembirakan orang lain yang sedih, melindungi orang lain yang lemah, menghormati orang lain yang berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yang ditemuinya akan senyum bahagia dengan kehadirannya.....MasyaAllah!!!!"

“Lemahnya ummah kini kerana kurangnya daya tahan diri. Kurang resilia (resilience). Kurang resilia kerana kurangnya kefahaman dalam aqidah.”

“Orang yang paling sibuk adalah orang yang paling banyak masa.”

Menariknya, ditanya kepada Madam tentang kehidupan berkeluarga. Jawapan beliau, “Harus mencari pasangan yang memahami apa yang kita lakukan. Saya sendiri berkira-kira untuk berkahwin kerana risau penglibatan saya dalam bidang-bidang sukarelawan akan tersekat. Tetapi, Alhmadulillah, suami memahami dan anak-anak juga menyokong. Jadi, carilah teman yang memahami.”

Dr Samsul Draman (kata-kata beliau berbunyi seperti ini):
“Tujuan diberikan pencerahan tentang LGBT ini adalah supaya apabila saya tiada, kamu yang berada di sini dapat menggerakkan (saya terfikir, Dr Samsul adalah golongan ‘tua’ yang berjiwa ‘muda’, bersemangat sentiasa, tapi lainnya golongan ‘muda’ kebanyakannya berjiwa ‘tua’...mungkin saya adalah salah satu daripada golongan tersebut...).”

“Jangan memandang hina golongan-golongan ini kerana mereka ini apabila berdoa, mereka memang terasa diri mereka hina di hadapan Allah, berlainan dengan sesetengah daripada kita yang berdoa dengan rasa bangga diri kerana akhlak kita...agak-agaknya doa mana yang akan dimakbulkan oleh Allah?”

“Banyak lagi golongan yang memerlukan bantuan kita. Bergerak dalam jama’ah supaya gerakan lebih teratur dan keselamatan kita terjamin.  Keluar dan cari jalan untuk membantu ummah.”

"Jangan cari karamah, carilah istiqamah dalan bergerak"

Dr Zaffrey (mungkin seperti ini kata-kata beliau):
(Yang paling saya sukai) “Hikmah As –Syukh fi Hamasati Syabab: Kebijaksanaan orang tua dalam diri orang muda.” Ulasan:  Anak muda kena jadi muda, dan mempunyai akal fikiran yang bijak dalam menggerakkan sebarang kerja.

“Being a medical students, we are always receiving from community. Tujuan ditubuhkan gerakan kemasyarakatan ini adalah supaya pelajar-pelajar medik tidak hanya memikirkan tentang diri sendiri,focusing on books and diseases only, tetapi turut keluar dari bilik atau mahalallah atau library,melihat ummah yang memerlukan kita.”

“Volunteerism is not confine to field-work, being a doctor, you are also volunteering your service to community. Do not segregate kerja-kerja doktor daripada kerja-kerja sukarelawan.”

“We are green leaf, still functioning and have many roles...do it now!”

Try to implement these five things:
1.Idealism
2. Intellectualism
3. Activism
4. Spiritualism
5. Teamwork

Dr Safwan (seperti inilah apa yang ditekankan):
Mengulas Surah Kahfi ayat 13-15:
  1. Anak muda kena jadi muda
  2. Anak muda mestilah berani
  3. Tanamkan jiwa Ashabul-Kahfi
  4. Bacalah tarbiyatul-aulad (holiday works)




Forum: Doktor professional, layakkah kita?

Tidak terlintas pun untuk mengikuti forum ini. Usai mengikuti conference on volunteerism, sudah berniat untuk balik ke bilik, tapi perancangan Allah itu amat cantik, berjumpa dengan junior medic 1st year,mengajak untuk pergi ke forum tersebut. ‘Menarik’, itu yang terlintas di hati kerana forum ini menggabungkan dua buah universiti, UIAM dan UKM untuk membincangkan tentang tahap professionalisme dalam mahasiswa-mahasiswa perubatan mereka.

Para panel terdiri daripada Prof Shahrir dari UKM, Prof Hamizah dari UIAM, dan Bro Sharif mantan Presiden MPP UIA Kuantan bersama moderator daripada UKM. Ada juga terdapat doktor-doktor klinikal yang datang untuk mendengar forum ini seperti  Prof  Azura, Assc Prof  Samsul, dan Dr Naim. Malu pula apabila sedikit pelajar-pelajar klinikal yang datang untuk mendengar forum ini, tetapi, diri yakin mereka pasti ada alasan tersendiri yang muhasabah.(3rd year cuti kan :) ).

Perbincangan lebih berkisar tentang sistem dalam universiti masing-masing dalam usaha memupuk profesionalisme dalam pelajar mereka. UKM menggunakan sistem penilaian yang mana selesai sahaja  Second Professional Exam, pelajar akan dinilai oleh Senior Lecturers and their peers whether they are competent to become a doctor. Walaupun mereka lulus dengan cemerlang dalam 2nd pro-exam, jika penilaian yang diterima tidak memuaskan, mereka tidak akan dibenarkan untuk menamatkan pembelajaran mereka. Lain pula halnya bagi UIAM,menurut Prof Hamizah,before our students entered clinical years, there would be one week called Elementary Week, di mana minggu itu para pelajar akan didedahkan dengan isu-isu sewaktu bekerja, seperti taking consent, breaking bad news, appearances etc...

Ada satu kata-kata daripada Prof Hamizah yang terkesan di hati, perbezaan antara doktor dahulu dan sekarang. Kalau dahulu, doktor itu akan membawa beg yang penuh dengan alatan-alatan doktor, dengan sistem satu wad satu doktor bersama-sama doktor-doktor pakar yang hanya ~5 orang. Berbeza dengan sekarang, doktor akan membawa Galaxy atau iPad  sebagai rujukan, satu wad ada dalam 10 doktor dan ramai doktor pakar, tapi isu yang sama masih terjadi. Pesakit tidak diberikan pengetahuan yang sebenar tentang penyakit mereka, banyak pesakit yang tidak dicover dan sebagainya. Menimbulkan satu persoalan, apa yang telah terjadi kepada mahasiswa-mahasiswa perubatan kini. One point that Prof Hamiza pointed out was that old-school doctors, they have a high resilience because of the hardship they went through during their study, as HO and MO, rather than medical students these days where they do not have that kind of resilience due to easy-access to everything....Teringat kata-kata Madam Martinelli tentang pentingnya mempunyai daya ketahanan untuk melahirkan mereka yang mampu bergerak demi ummah.

Saya tertarik dengan jawapan Bro Sharif apabila ditanya adakah salah satu cara untuk melahirkan doktor yang berkualiti dan professional adalah dengan menjadi seorang doktor yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan. Jawapan beliau,
“Professionalisme kalau dirujuk dalam kamus bermaksud competent in their work. Untuk menjadi seorang yang berkompetensi, it must cover these four elements, which are: knowledge, emotional, spritual and...(tak teringat)” Diringkaskan kata-kata beliau, keempat-empat elemen ini memang akan diperoleh apabila bergiat dalam kerja-kerja sukarelawan. Jadi keluarlah untuk bertemu dengan masyarakat.

Conclusion:

Attending these 3 events, banyak perkara yang harus difikirkan. Being a medical student is not easy, what is more being a Muslim Professional...but that is what we are aiming, people are bargaining, right? Memikirkan tentang ummah adalah penting dalam usaha menjadi Doktor Muslim dan kita harus mempunyai daya tahan yang tinggi. Ayuh! Support each other, boleh? Dimarah semasa menjadi seorang pelajar perubatan adalah perkara biasa kerana “dalam medik, tiada istilah belajar daripada kesilapan. (Bro Sharif).” Kita berurusan dengan nyawa manusia, tidak ada istilah belajar daripada kematian pesakit kita. Biarlah kita dimarahi pada waktu ini supaya apabila kita keluar daripada UIAM sebagai seorang doktor, we are competent.

Yang sudah berlalu, biarkan sahaja. Buka buku baru, logbook baru. Next posting iA..keep moving forward.Teringat kata-kata yang saya anggap sebagai cabaran daripada doktor klinikal, “it’s your job to reliving/reviving back HO-golden-days, can you do that?” Jadi, sahabat-sahabat, sanggup?

Jaga hubungan dengan Allah, manusia dan makhluk...

Wallhua’alam

n.b:risau untuk menulis nota-nota ini kerana "selalunya setiap nasihat itu akan diuji kepada tuan yang memberi (quoting from kak najihah)".

Oleh: 'Aina Nurliyana Abd Jabar

0 comments:

Post a Comment