TEORI nya, semua orang mahu berubah kearah kebaikan, semua orang TAHU. Tetapi secara PRACTICAL nya, bukan semua MAHU berubah & MAMPU untuk terus KONSISTEN mendidik diri untuk berubah kepada fitrah penciptaan seorang insan yg benar2 mencintai kebaikan.
HOW : Kunci kepada permasalahan ini, salah satunya melalui penghayatan, penerapan & didikan sebenar sifat IHSAN di dalam diri. Tak kiralah ke mana pun kita berada atau mana2 situasi dlm kehidupan.
“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].
Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.
Semoga kita terus berterusan berusaha membuat perubahan memperbaiki diri dlm apa jua pekerjaan yg kita lakukan, bersifat Ihsan dan terus Istiqamah dlm perjuangan.
Wallahu'alam.. :)
Oleh: Azwan Asyraf
Saturday, 18 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment