Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang
dan Maha Pengasih.
( 1 ) Demi masa.
( 2 ) Sesungguhya manusia itu berada dalam
kerugian.
( 3 ) Kecuali orang yang beriman dan
melakukan amal salih serta saling berpesan supaya
menjunjung agama
yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar .
Hakikat agung yang dikemukakan oleh
keseluruhan surah ini ialah :
Biarpun sepanjang mana waktu di seluruh zaman
dan di sepanjang mana kelangsungan hidup manusia di setiap masa , namun di sana
hanya ada satu cara dan satu jalan hidup sahaja yang menbawa kepada keuntungan
dan keselamatan . Itulah cara dan jalan hidup yang telah dijelaskan
sempadan-sempadan dan batu-batu tandanya di dalam surah ini. Selain dari cara
hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka.
Itulah keimanan , amalan yang salih ,
saling berpesan menjunjung agama yang benar dan saling berpesan supaya bersikap
sabar.
Keimanan punca segala kegiatan hidup yang baik.
Iman
itulah punca hidup yang agung. Dari punca inilah lahirnya segala cabang
kebaikan dan dengan punca inilah bergantungnya segala hasil kebaikan . Tanpa
iman , cabang kebaikan merupakan satu cabang yang terputus dari pokoknya, yang akan terus layu dan
kering. Dan tanpa iman , hasil kebaikan itu merupakan satu hasil dari syaitan
yang tidak akan kekal.
Iman
itulah paksi yang menarik ke arahnya semua tali-tali hidup yang luhur. Tanpa
iman , tali-tali akan terlepas , terurai dan bersimpang siur bersama hawa
nafsu.
Iman
itu satu system yang mengumpul berbagai-bagai kegiatan dan amalan-amalan dan
mengembalikannya kepada satu system , dimana kegiatan-kegiatan itu menjadi
selaras , saling bantu membantu dan menuju ke satu jalan dan bergerak dengan
satu harakat yang mempunyai satu motif dan satu matlamat yang tetentu.
Amalan yang tidak berlandaskan keimanan adalah disia-siakan Allah
SWT
Kerana
itulah al-quran mensia-siakan nilai segala amalan yang tidak berasal dari punca
iman dan tidak terikat kepada apksi iman. Pandangan Islam dalam perkara ini
amat jelas. Firman Allah di dalam surah Ibrahim :
“ BANDINGKAN AMALAN ORANG-ORANG YANG KAFIR
TEHADAP TUHAN MEREKA SAMA SEPERTI ABU YANG DITIUP ANGIN PADA HARI
RIBUT YANG KENCANG. MEREKA TIDAK DAPAT MENGAMBIL
FAEDAH SESUATU APA DARI AMALAN-AMALAN YANG MEREKA USAHAKANNYA”
FirmanNYA lagi di dalam Surah an-Nur :
“DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR, AMALAN-AMALAN MEREKA
ADALAH SAMA SEPERTI FATAMORGANA
DI PADANG DATAR, DI MANA SI DAHAGA MEYANGKAKANNYA AIR TETAPI APABILA IA DATANG KE TEMPAT ITU, IA
TIDAK DAPATI AIR SEDIKIT PUN.”
Ini adalah
nas-nas yang jelas menunjukkan seluruh amalan itu adalah sia-sia dan tidak
berharga selama ia tidak bersandar kepada iman, kerana iman itulah yang
membuatkan amalan itu mempunyai motif yang bersambung dengan Allah dan mempunyai
matlamat yang sesuai dengan matlamat kewujudannya di alam ini. Inilah pandangan
‘aqidah Islam yang logical yang mengembalikan segala sesuatu kepada Allah.
Sesiapa yang putus hubungan dengan Allah sperti ia terputus dan hilang hakikat
maknanya.
Dalam penafsiran al-Ustaz as-Syaikh
Muhammad Abduh mengenai ayat( 7-8) Surah al-Zalzalah :
“ OLEH ITU BARANG SIAPA YANG
BERBUAT AMALAN KEBAJIKAN SEBERAT ZARRAH NESCAYA IA AKAN MELIHAT PAHALANYA DAN BARANG SIAPA YANG BERBUAT KEJAHATAN
SEBERAT ZARRAH NESCAYA IA
AKAN MELIHAT BALASANNYA.”
Beliau berkata : “ Apa yang dinukilkan oleh
sesetengah ulama’ tentang ijma’ bahawa amalan yang baik yang dilakukan oleh
orang-orang kafir itu tidak berguna kepadanya pada Hari Akhirat dan tidak
diringankan azab dosa kejahatannya.”
Wallhualam.
Oleh: Nurfathiah Afifah binti Mohd Zamri
0 comments:
Post a Comment