21/7/2011
Pagi itu tiba juga, takdir menulis kami sempat bertemu dengan hari ini. Kawasan klinik di CF sis meriah dengan peserta-peserta OAMP. Perkarangan CF sis dipenuhi dengan barangan-barangan program. Beg-ber para peserta turut mengisi ruang.
Riak wajah teruja terpancar pada peserta-peserta OAMP kali ini yang kelihatan tidak sabar menempuhi perjalanan ke Kampung Leryar, namun terdapat seorang dua yang masih menunjukkan riak muka tidak cukup tidur tapi masih bernada semangat, memandangkan kami diminta berkumpul seawal jam 7.30 pagi, tidak biasa mungkin. Barang-barang yang tersimpan di dalam gimnasium dan surau di cf sis dipunggah keluar secara bergotong-royong.
Riak wajah teruja terpancar pada peserta-peserta OAMP kali ini yang kelihatan tidak sabar menempuhi perjalanan ke Kampung Leryar, namun terdapat seorang dua yang masih menunjukkan riak muka tidak cukup tidur tapi masih bernada semangat, memandangkan kami diminta berkumpul seawal jam 7.30 pagi, tidak biasa mungkin. Barang-barang yang tersimpan di dalam gimnasium dan surau di cf sis dipunggah keluar secara bergotong-royong.
Izzuddin selaku PC program sedikit risau apabila bas masih belum sampai walaupun jam sudah menunjukkan tepat jam 7.50 pagi memandangkan perancangan kami ingin bergerak jam 8.00 pagi. Namun, bas yang ditunggu-tunggu hadir jam 7.55 pagi. Keramahan Encik Mat dan Encik Daud selaku pemandu bas memeriahkan kembali suasana di CF sis yang dalam kerisauan sebelumnya.
“ kalau tak muat bas ni, korang yang tinggal, biar barang je pergi,” antara jenaka Encik Mat yang sempat saya tangkap. Jenaka dalam kerisauan yang melihat barang-barang program yang terlalu banyak. Menurut bro. Azfar, barang-barang OAMP kali ini lebih banyak dari OAMP lepas.
Tepat jam 8.30 pagi kami bergerak. Ketika melintasi pintu pagar UIA, bas tiba-tiba perlahan dan berhenti. Rupa-rupanya ada penumpang baru yang nak naik. Saya tak kenal. Biarlah.
Kami berhenti rehat di RnR Temerloh. Ketika di RnR saya diberitahu yang kita akan melalui Bentong dan Raub untuk ke Kampung Leryar. Hati saya berbunga-bunga. “Yeah, boleh tengok SEMESTA”, dalam hati. Tak nak tidur.
Hati yang berbunga tadi terus mekar apabila melepasi Bentong dan mendekati Raub. Apabila memasuki bandar Raub, kenangan lama terus diingati. Tersenyum sendirian. Tetapi, kusangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bas tiba-tiba melencong memasuki jalan lain dan tidak memasuki jalan yang saya impikan – jalan yang akan membawa saya melihat sekolah lama saya. Kecewa.
Bas berhenti mengisi minyak di Petronas Batu Talam dan di sini kami bertemu dengan Bro. Samsul, juga peserta program yang memilih menaiki kereta untuk ke Kampung Leryar. Tak sampai 5 minit bergerak dari Petronas, kami berhenti lagi. Kali ini destinasinya adalah kedai beras. 10 orang hero turun membantu. Namun hanya 5 kampit beras 10kg yang dibeli. Takpe, semangat turun ramai-ramai.
Kami berhenti solat zohor di Masjid Muhajirin, Felda Sg Koyan. Selesai solat, kami beramai-ramai menyerbu kedai makan berhampiran. Ternyata jalan beralun-alun yang ditempuhi dalam perjalanan membuatkan makanan tengahari kami benar-benar menyelerakan. Lebih menarik lagi, percuma, ada dalam bajet program untuk dibiayai
Ternyata keputusan untuk memenuhkan perut merupakan tindakan yang silap. Jalan yang dilalui selepas itu sedikit berbelok-belok. Membuatkan sedikit pening dan mual. Untuk elak benda-benda pelik berlaku, saya memilih untuk tidur. Ramai juga yang tidur, mungkin ada masalah yang sama, hipotesis saya sahaja.
Alhamdulillah kami sampai di kampung leryar tepat jam 4.30 petang. Kehadiran kami disambut oleh anak-anak kampung leryar. Kelihatan juga amek-amek yang mengintai-ngintai kami dari pintu rumah. Hujan renyai-renyai ketka itu langsung tidak membantut kami untuk turun dan bertemu dengan mereka. Abg irwan selaku PM dan Izzudin selaku PC terus mendapatkan Tok Batin di rumahnya, antara kami ada yang melayan adik-adik, ada juga yang terus meninjau kawasan-kawasan seperti seorang YB dan ada juga yang mengira berapa biji rumah yang ada piring ASTRO di bumbungnya. Semasa induksi dahulu kami diberitahu yang mungkin kita akan menjumpai najis orang merata-rata, mungkin ada fasi yang mengatur langkahnya sedikit untuk mengelakkan terpijak, tapi sampai ke sudah tak jumpa. Assumsi yang silap.
Tiada rehat untuk kami walaupun menempuh lebih kurang 8 jam perjalanan. Kami terpaksa terus memunggah barang dari bas memandangkan bas harus pulang ke UIA kembali. Persiapan tempat tinggal dan memasak dilakukan serentak.
Suasana bertukar sayu petang itu apabila tiga orang sahabat, kak athirah, kak siti dan kak khadijah yang mengikuti perjalanan ke Kampung Leryar terpaksa berangkat pulang bersama Encik Mat dan Encik Daud kerana ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Mereka merupakan antara orang ‘besar’ dan ‘kuat’ dalam merealisasikan OAMP II.
Selesai mengemas, kami membuat mesyuarat kecil untuk pembahagian kerja yang seterusnya. Namun, mesyuarat terhenti apabila pak cik Shamsul, wakil dari JHEOA yang banyak membantu kami dalam menjayakan program ini, hadir dengan Pajero, membawa barang-barang basah. Kami diminta membantunya memindahkan barang dari keretanya. Selesai proses pemindahan, abang shamsul mengajak peserta lelaki ke Kampung Kuala Boh untuk mengambil khemah. Mesyuarat kecil ditunda.
Perjalanan ke Kampung Kuala Boh sangat mencabar. Mencabar dari segi struktur jalan yang berbukit, berbelok-belok dan jalan yang kecil satu kereta sahaja boleh lalu dan yang paling mencabar apabila kami terpaksa berhimpit dalam bonet Pajero. 8 orang dalam satu pajero -semput. Penulis sendiri mendapat pengalaman baru apabila terpaksa duduk di bumbung Pajero sambil memegang khemah. Namun keindahan Tuhan sepanjang perjalanan ke Kuala Boh benar-benar mengasyikkan tetapi pandangan dari atas bumbung lebih menarik saya kira. Di Kuala Boh, kampungnya sedikit berbeza dengan Kampung Leryar, ciri-ciri kehidupan tradisi masyarakat asli masih ada di sana bila ramai yang masih tinggal di rumah buloh.
Pulang dari Kuala Boh, khemah terus dipasang. Dari dua set khemah yang di bawa hanya satu yang boleh dipasang. Selesai memasang khemah, kami beriadah bersama penduduk Kampung Leryar. Peserta lelaki selesa bermain bola di atas padang pasir, ada yang bermain dengan anak-anak muda ada juga yang bermain dengan adik-adik kecil, berpecah kami. Peserta perempuan pula bermain tepuk-tepuk, nyanyi-nyanyi dan macam-macam permainan kanak-kanak dengan adik-adik. Yang saya kagum, tepuk-tepuk yang mereka main serta lagu yang mereka nyanyikan tidak banyak beza dengan apa yang kita main dulu. Kami selesai beriadah jam 6.45 petang untuk persiapan kendiri sebelum solat Maghrib.
Ketika riadah berlangsung, pihak katering pula bertungkus lumus menyediakan makan malam kami. Saya sambil bermain dengan adik-adik menjenguk-jenguk persediaan makan malam kami. Nampak, tin-tin sardin dikeluarkan dari plastik, maknanya kami yang ’kesardinan’ dalam Pajero tadi akan menghadap ikan sardin pulak malamnya. Kadang-kadang terdengar nama ‘bro. Hamzah’ disebut berulangkali petanda dia yang menguasai dan menjadi tempat rujukan tempat memasak sekarang, namun saya tidak tahu muka yang mana empunya nama sesedap itu. Siasat punya siasat, intai punya intai akhirnya jumpa juga, inilah bro. Hamzah yang selalu menyelit-nyelit bagi komen kat status kak yat, staff UIA, dan abang yang naik bas dari pintu pagar UIA tadi. Ooo.
Dalam kedinginan dan ketenangan, azan maghrib berkumandang dari surau Kampung Leryar.
Tazkirah maghrib malam itu disampaikan oleh abang irwan. Pengisian tazkirah malam lebih kepada ucapan alu-aluan atau ucapan penghargaan kepada penduduk kampung leryar. Tok Batin turut hadir. Selesai tazkirah, kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk melakukan sesi ramah mesra dengan penduduk kampung leryar yang hadir mendengar tazkirah. Sebelum ini saya mendengar yang orang asli agak pasif bila berhadapan dengan orang luar, namun sesi ramah mesra tadi tidak menunjukaan yang begitu, penduduk kampung Leryar agak ramah dan tidak segan silu berkongsi kisah mereka. Mereka tidak bersikap bodoh sombong dan bersedia untuk belajar, disuruh membaca alfatihah laju sahaja disahut.
Selesai solat Isyak, perut yang berbunyi sejak maghrib tadi mula mencari nasi dan ikan sardin. Apabila talam-talam mula berisi makanan, adik-adik pun mula menghampiri tempat makan kami. Mujur pihak ‘katering’ bersedia dengan kemungkinan ini. Dalam keasyikan makan dalam talam bersama adik-adik, elektrik tiba-tiba terputus, gelap. Pihak ‘prep and tech’ bertungkus lumus menukar sumber elektrik dari menggunakan simpanan solar kepada penggunaan enjin jenerator.
Dari travelog Rushdi :
malam pulak...tersentuh lagi bila tengok anak2 kg leryar dengan berselera meratah makan malam kami..emm..’seriously’, aku akui..terlintas dalam hati aku "adui,budak2 ni dah makan makanan kitorang..cukup ke ni nak mkn..." tapi bila tengok diorang semua makan dengan lahapnya. sedih tengok... susah diorang nak dapat makan macam ni...ada nasi, ayam@ikan, siap sayur lagi...kita kat sini senang2 je nak dapat makanan..siap membazir laga...hoho..biarlah diorang makan...aku lebih rela tengok diorang bahagia...aku ni dah selalu sangat dapat "kebahagian" itu...
Agenda malam itu disambung dengan sesi mesyuarat di surau. Mesyuarat yang bermula jam 10 malam berakhir jam 11.30 malam. Mesyuarat malam ini lebih banyak membincangkan aktiviti yang akan diadakan esok dan banyak difokuskan kepada sesi ziarah pada esok hari. Saudara Ihsan mengakhiri mesyuarat dengan berkongsi pengalaman dan nasihat serta pantang larang dikalangan orang asli terutamanya orang asli Kampung Leryar.
Antaranya pesanannya, "Kalau berlaku kematian, batalkan semua aktiviti kita", saya tersentak.
Sebelum peserta dibenarkan tidur, kami bersama membersihakan semua peralatan memasak untuk disimpan di dalam balai raya. Kami terpaksa menyimpan segalanya kerana risaukan kehadiran anjing. Mereka yang tidak mebawa baju sejuk betul-betul merana malam bila malam yang sejuk itu bertambah sejuk dengan tiupan angin-angin lemah yang sangat sejuk.
Akibat terlalu penat, di surau malam itu, dengkuran sahut menyahut antara satu sama lain. Di balai raya pula, tak sempat nak siasat.
Sudah baca siri 1 dan 3?
Siri 1
Siri 3
0 comments:
Post a Comment