Wednesday 7 March 2012

Travelog Orang Asli Mahabbah Program II (OAMP II) 2011

Posted by Faciteam on 21:49 with No comments
Travelog Orang Asli Mahabbah Program II (OAMP II) 2011

Prakata

Saya ditugaskan untuk menulis travelog perjalanan kami sepanjang OAMP II ini berlangsung. Memilih saya untuk menulis bermakna memilih untuk dihidangkan dengan tulisan 'skema', memandangkan prinsip saya untuk sedaya upaya berbahasa melayu lengkap dalam penulisan - juga saya tak pandai menulis yang berbentuk 'tak skema' sebenarnya. Ini adalah penulisan travelog yang pertama dalam sejarah saya - saya suka dipaksa membuat sesuatu yang saya nak sangat buat tapi malas nak buat. Ampun dan maaf diminta andai penulisan travelog ini tidak memenuhi kehendak semua. Saya cuba mengisi segala aktiviti yang kita jalankan sebelum, semasa dan selepas. Boleh tambah apa yang perlu dibahagian komen - juga segala cadangan untuk penulis.

-MAAK-


19/7/2011

Hari ini bermula mesyuarat perancangan terakhir (final touch) untuk OAMP II 2011. Program yang dianjurkan oleh FACITEAM ini dirancang sejak awal tahun ini, kini hanya tinggal dua hari sebelum kami akan berangkat ke sana. Bagi yang pernah ke sana, kenangan-kenangan lama bersama mereka tahun lepas kembali menjengah perasaan dan minda.

Apa yang kami lakukan hari ini?? Ahh, sudah tentu syarat wajib tentatif program FACITEAM yang pertama, ‘taaruf’ dan ‘icebreaking’. Peserta OAMP II disertai juga bukan dari ahli FACITEAM, oleh itu taaruf dan icebreaking pagi ini sangat penting.

p/s : Penulis datang lewat pada hari pertama ini. Datang ketika slot rehat hampir tamat dan masing-masing berbau durian, rupa-rupanya mereka makan durian semasa rehat tu.

Selesai  berkenalan kami terus kepada agenda utama kami pada hari itu, pembentangan gerak kerja dan perkara-perkara berbangkit yang belum diselesaikan. Pembentangan tentatif program adalah perkara yang dinanti-nantikan hari tu. Mendengar setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan di Kampung Leryar selama 4 hari di sana benar-benar mengujakan, ibarat pemanas enjin buat kami semua. Slot 'gigiku sihat', 'adikku comel', 'kenduri mahabbah', 'malam mahabbah', semua nampak menarik.

Petangnya, terdapat dua kerja utama yang dijalankan. Pertama, urusan pembelian barang oleh biro ‘special task’ dan biro 'catering', dan yang kedua urusan pembahagaian dan penyediaan pakaian terpakai untuk penduduk Kampung Leryar. Semua orang kepenatan petang tu. 

Dalam kepenatan, kami gagahkan juga untuk meneruskan mesyuarat terakhir sebelum OAMP pada malamnya. Setiap wakil biro dan PIC bagi aktiviti diminta membentangkan perincian yang penting untuk diketahui oleh peserta-peserta lain. Kehadiran senior-senior OAMP I seperti Dr. Haikal dan Bro. Fathi menghangatkan perbincangan pada malam itu apabila mereka banyak berkongsi idea dan pengalaman mereka ketika di OAMP I dahulu. Malam itu juga dihangatkan dengan kehadiran 'durian' yang dibawa oleh ayah kak sharifah khadijah. Melepas makan durian pagi tu, datang rezeki durian malamnya. Semua nampak sudah bersedia untuk bergerak dan bekerja. Takbirr!!




20/7/2011

Seperti yang diminta oleh pihak biro ‘special task’ kami diminta hadir ke surau KOP jam 9 pagi untuk membantu membalut  hadiah dan hamper untuk aktiviti sukan rakyat pertandingan dan aktiviti-aktiviti lain ketika di sana nanti. Terdapat sebilangan peserta yang diminta untuk membungkus buah tangan yang berisi dua tin susu pekat, tepung dan gula masing-masing sekampit dalam satu beg plastik. Buah tangan ini akan diberi kepada penduduk di Kampung Leryar dan sebahagian penduduk di Kampung Monsun pada penghujung program nanti. Surau KOP berserabut dengan barang-barang kami.
Segalanya jadi mudah dan cepat apabila semua peserta turun bersama-sama menyelesaikan timbunan barang-barang yang pada mulanya berselerak dan berpecah-pecah menjadi bungkusan-bungkusan kecil yang terbungkus rapi. Kerja-kerja dapat diselesaikan sebelum zohor, kalau tak mesti Dr. Mohamad marah.

Petang itu seperti yang dirancang, kami akan berjumpa dengan Dr. Safwan, HO di Hospital Ipoh juga merupakan ‘chief coordinator’ (CC) yang ke-3 Fasiteam. Tujuannnya untuk berkongsi semangat, motivasi dan genta rasa kepada kami semua. Walaupun sudah lama tidak berprogram menjadi fasi, abang Safwan masih mengaplikasikan konsep fasilitator dalam perkongsiannya petang itu. Beliau meminta kami menulis masalah dan solusi untuk setiap permasalahan yang beliau keutarakan. Permasalahn terakhir yang beliau keutarakan -juga menarik bagi saya- ialah permasalahan beliau sendiri yang sibuk sebagai HO, dengan isteri dan anak yang perlukan bimbingan dan hati yang ingin terus berjuang seperti dahulu. Pesannya dalam mengakhiri perbincangan, “Istiqamah, dan cari support group untuk bergerak”.

Eisya, anak abang Safwan menjadi penambah seri slot petang itu – buat kami hilang fokus kadang-kadang. Perkongsian petang itu dihadiri juga oleh CC yang ke 5, Bro. Azfar dan Bro. Sheth.

Perjumpaan maghrib-isyak hari rabu tetap berlangsung seperti biasa. Ianya tiada dalam tentatif OAMP II tetapi perjumpaan ini ada dalam tentatif Fasiteam – perjumpaan mingguan kita. Malam ini pengisian akan diberikan oleh bro. Azfar cumanya pengisian yang biasanya diberikan antara maghrib dan isyak terpaksa diberikan selepas Isyak apabila kami mengisi masa maghrib-isyak dengan makan nasi minyak. Sampai sekarang saya tertanya-tanya siapa yang belanja kami makan nasi minyak ni sebenarnya.

Bro. Azfar dalam pengisiannya meluahkan rasa bangga di atas kejayaan Faciteam menganjurkan OAMP II dan beliau sudi berkongsi sedikit pengalamannya semasa mengikuti OAMP I dan pengalaman beliau memasuki kampung osli asli yang lain, yang mana program OAMP II ini adalah kampung yang kelima beliau masuk.

Selesai perkongsian dengan oleh bro. Azfar, MC ada meeting khas malam itu.


...akan bersambung...

Oleh:
Mohd Arif Alwan Khalid 

Siri seterusnya:
Siri 2
Siri 3

0 comments:

Post a Comment