Monday 11 March 2013

TRAVELOG: SABAH OUTREACH PROGRAM 2 [ Edisi Ina]

Posted by Faciteam on 01:19 with No comments
 Ini merupakan kali pertama ina menulis travelog. Jadi bahasa travelog ini adalah bahasa hati ina yang ina cuba luahkan dalam bentuk penulisan sepanjang perjalanan SOP II dan ina hanya mampu gunakan bahasa yang bersifat santai bukan ‘skema’.. ina mohon kemaafan dari awal2 untuk sebarang salah-silap atau bosan membaca..ini cubaan berani mati pertama dari ina dalam bidang penulisan.. 

14/1/2013 isnin
Hari persediaan


Hari ini kepala ina sudah cukup serabut dengan apa yang terjadi di dalam lab di KOS. Cubaan membuat ujian ‘phytochemical analysis’ sejak dari pagi membuahkan hasil tapi ‘cell’ yang cuba dibiakkan menjadi banyak tidak menjadi, yang menjadi adalah ‘bacteria ‘  di biakkan dengan ‘baik’ sekali..  -_-''


Dalam hati,ina tak sabar sangat2 nak jumpa sahabat2 dalam meeting final touch malam ni..harap keserabutan kepala ina dapat dikurangkan dengan berjumpa wajah2 sahabat yang ina rindui..malam tu ketika tiba di cf bro,semua orang menunjukkan riak gembira,sedikit sebanyak mengurangkan rasa dihati..tapi lain pula perasaan ina bila melihat wajah kak ira dan su..hanya perasaan sedih ina mampu gambarkan dengan kata2..T_T

Meeting yang diketuai oleh shuk sentiasa serius tapi ceria.. ‘update’ dari setiap biro berkaitan SOPII dan perbincangan modul  membuatkan semangat untuk ke Sabah melonjak2.. Sejak mula lagi, ‘team’ ini dibahagikan kepada 3 untuk memudahkan gerak kerja iaitu ‘team’ TOF (shuk,su,affiq,farhana) ,’team’ kepimpinan (husna,hazwan,kak ira) dan ‘team’ Rumah Putera Harapan yakni anak2 yatim (ina,iddin dan bada)  disebabkan jumlah yang pergi ke Sabah tak ramai,jadi setiap yang pergi perlu di ‘optimize’ dari segi tenaga kerja dan buah fikiran..Setiap orang adalah komiti,pemikir modul,fasi dan sebagainya..

Perkhabaran akan hadir seorang sahabat dari Gombak membuatkan hati tertanya2 siapakah asma’ shakirah ini?? Tapi perkhabaran yang menyedihkan adalah su dan kak ira tak dapat pergi benar2 meruntun hati..amanah sebagai bendahari diamanahkan kepada husna,su dan kak ira seperti tulang belakang ina dalam membuat gerak kerja..sahabat yang benar2 cuba menerima ina seadanya,cuba memahami ina,dan sentiasa mempositifkan ina..ketiadaan mereka adalah satu kehilangan yang amat.. “benar kita merancang,tapi Allah adalah sebaik2 perancang”..peristiwa ni mengajar ina maksud ayat mudah itu tetapi dalam maksudnya..


15/1/2013 selasa


Tak tahu kenapa,hari ni rasa berdebar semacam je..rasa macam sesuatu yang buruk nak jadi..petang itu,debaran yang ina rasa terjawab akhirnya..sms dari shuk,membuatkan ina rasa terkedu.. “salam ina…opah shuk dengarnya dah teruk sangat..apa perlu shuk buat?” Tak tahu apa perlu ina jawab sms itu..ini antara hal keluarga,kehendak hati dan tanggung jawab..

akhirnya pilihan shuk untuk pulang ke kuala lumpur adalah pilihan terbaik..andai opah shuk ok,insyaAllah kita akan jumpa di LCCT..shuk pulang untuk melihat keadaan opah dan keputusan untuk ikut ke sabah atau tidak bergantung kepada keadaan opah shuk..tetapi shuk turut memilih tidak memberi harapan kepada 'team SOP II" dan shuk mengamanahkan ketua rombongan SOP II pada affiq.. dalam hati tertanya2 apa perasaan shuk??bukan mudah melepaskan tanggungjawab ketua rombongan kerana selama ini semua sahabat2 benar bertungkus lumus cuba menjayakan program kali ini..tindakan membeli tiket penerbangan menjadi antara sebab kenapa kami kena jayakan juga program ini..penat berbulan2,hanya hari ini sahaja masa berbaki yang ada sebelum kami bertolak ke sabah..

Doa sahaja yang mampu ina ungkapkan..agar opah shuk semakin sihat dan shuk dapat teruskan perjuangan di sabah..jujur ina tak sanggup lagi nak berpisah dengan shuk..selama 2 tenure berada dalam 'management committee"..shuk adalah sahabat yang sangat memahami ina dan tahu apa yang perlu dilakukan dengan hanya melihat riak wajah ina..tambahan pula ini adalah program terakhir shuk..perkhabaran dari shuk,beliau akan bertolak ke kota negara berseorangan sangat membimbangkan..tapi perjalanan perlu diteruskan..

Malam itu,sesi penting di CF sister iaitu menimbang beg..semua sister wajib membawa beg masing2..ada 2 jenis beg,1 beg yang akan masuk kargo dan beg yang boleh masuk kabin..kedua2nya ada berat maximum..yang lawaknya malam itu ana bertindak sebagai pegawau kastam di CF SIS..semua beg kena tapis dengan ana..banyak sangat muatan lebihan yang tak penting..jadi baju yang berlebihan terpaksa dikeluarkan..barang2 yang boleh dikongsi hanya seorang sahaja yang akan bawa..berkongsi itu lebih baik..sharing is caring kan???

penantian itu 1 penyiksaan..malas hendak pulang ke bilik,lantas beberapa orang sahabat,keputusan diambil dengan melepak sahaja di CF sis sambil menunggu jam menghampiri waktu 2.00 pagi untuk bertolak ke LCCT...


16/1/2013  rabu
Jam di ‘handphone’ menunjukkan pukul 1.45pagi..di luar CF SIS pun sudah kedengaran suara2 sumbang brothers yang datang awal sejak 12 lebih lagi.(serius tak faham kenapa dating awal sangat ?? ( -_- “)  kelihatan bui dan ubai turut hadir bagi pihak brothers,untuk sisters kehadiran su,kak ira dan amira untuk menghantar walaupun hanya sekadar menaiki van..baki yang ada digunakan untuk menyusun bag mengikut berat yang ditetapkan..tepat pukul 2.05 pagi kelihatan kelibat pak cik sayuthi selaku driver van kami pada malam ni menambahkan semangat untuk ke Sabah..perjalanan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh saudara bui..


Selesai ‘loading’ barang ke dalam van,bermula lah adengan menitis air mata pertama..sedih hendak meninggalkan sahabat seperjuangan yang sepatutnya pergi dan hendak pergi tapi tak dapat pergi..sayu kedengaran pesanan dari kak ira “korang pegi dengan amanah,jaga elok-elok amanah ni..”seramai  9 orang meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur..7 orang akan ke LCCT,bui dan ubai akan ke stesen putra..


Sepanjang perjalanan siapa pun tak mampu tido.perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam lebih hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja..van yang dibawa dengan kelajuan yang tak dapat dipastikan itu memang sangat2 laju..penumpang di kerusi belakang yang menanggung derita lebih dari orang lain..perkara yang membuatkan ina terkejut beruk adalah melihat hazwan  tido dengan nyenyaknya..ya Allah..semua orang tak dapat tido,wan dengan bahagianya tido dengan nyenyak walaupun van  melambung2 ke kiri dan kanan..(serius ini sangat hebat,kena menuntut ilmu nih nanti)ketika mata hamper tertutup tapi tak boleh nak tutup itu,satu sms masuk dan membuatkan mata ina terus berlinangan dengan air mata.. sms yang berbunyi “ina…shuk xdapat dating LCCT..shuk perlu jaga opah shuk…” pesanan yang sanagt ringkas tapi membawa maksud yang sangat dalam dan perit untuk ina terima kenyataan itu.tak tahu nak mengambarkan apa yang ina rasa ketika itu,tiada kata yang mampu ina keluarkan melainkan air mata sahaja..sms dari ana dari kerusi penumpang dibelakang masuk “be strong ina,Allah lebih tahu apa yang terbaik.kita bawa roh dan semangat shuk bersama..”..


Pesanan dari shuk yang meminta ina kuatkan semangat,jaga adik2 fasi dan betolkan niat menguatkan semangat ina untuk terus kuat dalam menempuh perjalanan 10 hari..perjalanan yang sepatutnya ada 4 orang senior dari SOP I  hanya tinggal 2 orang..program yang sepatutnya ada 13 orang hanya tinggal 9 orang..dalam hati ina hanya mampu doa,moga Allah beri kekuatan pada kami semua..moga niat sahabat2 yang pergi berada dilandasan yang betul agar program ini berjalan dengan lancar..
Kami tiba di LCCT ketika waktu menghampiri subuh.. selesai solat subuh dan bacaan mathurat, tempat yang sesuai untuk berehat perlu dicari dek tidak dapat tido malam semalam..maka kerusi di ruangn menunggu menjadi pilihan hati,walaupun tido selepas subuh itu tidak elok,tapi tidak tido semalaman pun tidak elok juga..Masa yang berbaki selam 5 jam diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya mencari makanan yang murah(walaupun tak jumpa,tapi usaha ada),memikirkan modul yang belum selesai,Jalan-jalan di LCCT,dan yang paling penting tido menjadi pilihan ramai..


Selesai ‘chek-in ‘ beg  yang akan masuk ke perut kapal terbang,kami menantikan kehadiran sahabat dari Gombak. Gadis berbaju putih dan bertudung ungu menarik perhatian kami(kena take note,wana ungu warna kegemaran ina,jadi itu kot sebab ina tengak tak alih pandangan..hehehe) ,taaruf ringkas menjadi topik perbualan pertama kami kerana waktu yang ada tak lama sebelum kami naik ‘flight’.


Perjalanan 2 jam lebih yang menjadi harapan ina untuk berehat tinggal angan-angan sahaja dek penumpang sebelah ina yang sangat ‘ramah’. Perbualan panjang dengan Mike yang asalnya dari Hawaii,USA sangat menarik..terutama dibahagian Mike menceritakan agama yang beliau anuti dan pengalaman beliau menjadi’missionary selama 2 tahun di Jepun. Agama yang dianuti beliau ada Christian Mormon yang mempercayai:
  1. Nabi masih wujud sekarang
  2. Di syurga nanti mereka akan hidup bersama2 dengan ahli keluarga sekarang
  3. Tiada konsep trinity kerana Tuhan hanya satu.

Tambahan yang menarik minat ketika perkongsian ini adalah bagaimana pennganut agama ini cuba menyebarkan agam mereka, iaitu ketika berumur 19-21 tahun remaja ini akan menjadi sukarelawan untuk menyebarkan agama mereka.mereka tidak dibayar walaupun sesen dan setiap perbelanjaan akan ditanggung oleh keluarga masing2.lantas ina bertanya “how about your study??”, jawabnya mudah “we will stop for two years and it just two years not like forever”.tertarik dengan jawapan Mike jadi ina lagi, “what make you choose to be in this path as you stop study then you are not even get paid for this job?? Jawapan yang membuat ina terkedu membisu adalah,its easy, we believe in what we are doing, and we believe it is for the sake of our religion”.tambahan lagi setiap tahun mereka akan menghantar ‘missionary berjumlah 50 000 ke serata dunia dan mereka tidak diberi pilihan untuk memilih dimana mereka akan berada.  Dalam hati ina,ya Allah betapa hebatnya semangat orang yang menganuti agama ini,mereka benar2 bersemangat dalam apa yang mereka lakukan,jelas dengan apa yang perlu dibuat..lain dengan masyarakat islam dimalaysia..terlampau ramai yang leka dengan hiburan dunia sementara ciptaan manusia.

Setibanya di lapangan terbang kota kinabalu,perut kami semua sudah menyanyi minta diisi..lantas selepas solat,KFC menjadi pilihan hati..disini harga KFC murah berbanding di LCCT bahkan harganya ‘standard’ seperti diluar. Kenyang dengan ‘branch’ tadi, kami mencari port tersembunyi yang sesuai untuk melepak di sini..apatah lagi kami akan berada di sini selama 7 jam sehingga abg rizal tiba sebelum kami berangkat ke Ranau..7 jam je,tak lama pun…(mata keatas tangan dibahu)  masa yang sangat ‘pendek’ ini kami gunakan sebaiknya..ada yang meneruskan usaha gigih yang masih belum selesai iaitu tido,ada yang ‘window shopping’ di sekitar deretan kedai,ada yang kononnya membaca buku sultan al-fateh yang akhirnya tertido,dan ada yang memilih untuk menyambung usaha murni membincang modul tergendala sebelum ini..(ni adalah kumpulan yang kak ela ambil gambar tu ^__^)


Akhirnya ketika jam menghampiri pukul 9 malam,penantian kami berakhir apabila kelihatan abang rizal berjalan kearah ‘port’ kami..selesai ‘loading’ barang ke dalam van dari seklah mohamad ali Ranau(SEMEKAR),kami memilih untuk makan dahulu..(lapar sangat2 bah) selesai  makan makananan yang abang rizal belanja kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami pada hari ini iaitu SEMEKAR. Jalan yang bengkang-bengkok seperti ular dipalu kami tempuhi walaupun ditemani kabus akibat suhu yang sejuk diluar.


Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam berakhir.sister disambut mesra dengan ‘jaga’ yang dipanggil umi..dorm di tingkat satu merupakan  peninapan kami..dek kerana masih ada makanan yang berbungkus tadi,kami habiskan dahulu sebelum tido..kami dingatkan sekali lagi disabah waktunya awal satu jam..jadi subuh esok adalah seawal jam 5..jam 3.15 pagi adalah waktu terakhir ina lihat sebelum melelapkan mata..niat dipasang untuk bangun awal kerana perjuagan diSabah akan bermula..tapi esok la,sekarang tido dulu..zzzzzzzz

17/1/2013 khamis
Sejuk yang mencengkam ke tulang di awal pagi,membuatkan rasa malam nak mandi menggunung. Airnya sejuk seperti air yang baru dikeluarkan dari peti sejuk,suhu air lupa nak ‘check’ sebab tak bawa termometer.. satu perkara yang menghairankan ina adalah kenapa lemak2 ina tidak berfungsi dengan baik untuk menjadi pemanas badan..hmmmm…hanya tinggal persoalan yang tiada jawapannya…bunyi riuh suara adik2 dari luar tingkap  menandakan waktu makan!! Selesai bersiap,kami bersarapan di dewan makan untuk mengisi perut.


Perjalanan ke bilik VIP di sekolah itu memukau pandangan sahabat yang pertama kali datang ke sini..subhanallah,permandangan gunung menghijau ditemani kabus yang memutih serta udara  yang sangat bersih penyeri suasana di Ranau, rasa seperti di ’oversea’ kejap bak kata asma’.


Pagi ini ‘team SOP II’ memulakan perjalanan hari dengan sesi perjumpaan bersama ketua warden dan kaunselor  untuk berbincang pergerakan kami dan tentatif program selama di Ranau. Perincian waktu,tempat berprogram,apa yang diperlukan,pengangkutan di Ranau dan sebagainya dibincang agar pergerakan kami disini berjalan lancar. selesai,kami eruskan denganmendengar amanat dari pengetua. Hati ina rasa sayu sangat mendengar tingginya harapan Pn Hapsah ini. Awalnya kami agak bimbang andai pengetua tidak setuju dengan program kali ini,tapi akhirnya pengetua setuju keran percaya akan ‘team’ ini..kredit juga perlu diberi kepada bro ihsan yang juga dikenali ‘pak chan’ dan ayahnya ‘datuk razak’ kerana menjadi permulaan kepada hubungan antara Faciteam,SEMEKAR & ABIM Ranau. POA dari ‘postmortem’ SOP I adalah untuk memberi ‘training’ anak2 muda disini agar mampu bergerak disini atas kaki sendiri..itu adalah impian besar yang kami bawa dari Kuantan.


Di petang hari kami ke Rumah Putera Harapan yang dikenali dengan RPH. encik Sabri yang menjadi penggerak utama di RPH dan Ranau menyambut kami dengan mesra.pertemuan kami dengan adik2 agak terbatas pada petang itu kerana ramai yang masih disekolah dan baki yang ada hanya adik2 darjah 6 yang sedang mengikuti kelas tamabahan. Jadi fokus kami petang itu terarah kepada ‘meeting’ mengenai pergerakan kami di Ranau selain disekolah. Walaupun  tempoh meeting itu tidak panjang,tapi isi yang dibincangkan sangat berat hingga menyesakkan dada..benar kata imam al’ghazali, perkara yang paling berat didunia ini adalah amanah.  Program yang akan kami laksanakan disini:-

  1. Kem kepimpinan pengawas
  2. Training of facilitator
  3. Slot motivasi bersama semua pelajar SEMEKAR
  4. Slot ‘follow-up’ bersama adik2 tingkatan 4
  5. Slot bersama saudara baru wanita
  6. Slot bersama saudara baru lelaki
  7. Slot dengan adik2 di kampong
  8. Slot motivasi adik2 darjah 5&6 di kampong sumbilingon
  9. Bekwah  untuk 100 orang
  10. Bengkel pengurusan organisasi
  11. Slot bersama adik2 RPH


Berdasarkan program diatas hanya 3 program sahaja yang memang dalam perancangan kami,baki adalah hasil perbincangan dengan En Sabri dan keputusan bersama ‘team’ disini . Dalam hati, ina tertanya adakah kami mampu membawa program sejumlah ini dengan kekuatan 9 orang,kami perlu bahagikan ‘team’ kerana ada yang program berjalan serentak dan masih banyak yang perlu dibincang untuk melaksanakan semua program ini?? ‘insyaAllah kami mampu lakukan’ menjadi doa dan penguat semangat..dalam hati,rindu kak ira,su dan shuk yang tak dapat hadir..T_T


Disebabkan masih banyak yang perlu disusun semula dan perbincangan modul untuk program 3 hari 2 malam perlu diperincikan lagi, ‘meeting’malam ini berakhir lambat.. ‘meeting’ yang panjang diseri dengan gelak tawa sahabat2 menyedarkan apa pun yang terjadi dalam program kali ini,kami ada 9 orang untuk sama2 ‘back-up’..1 pekara yang ina dapat kenal pasti adalah dalam setiap ‘meeting’ makanan membantu mengurangkan perasaan mengantuk dan menghilangkan tekanan..(^___^ ) tidak lupa juga,orang yang dikenal pasti untuk tidak diganggu konsentrasi sepanjang meeting adalah hazwan dan iddin..kenapa dan mengapa???

18/1/2013 JUMAAT

Rasa sejuk hingga membuatkan badan menggeletar dipagi hari menyebabkan rasa malas nak mandi menggunung seperti gunung kinabalu..tapi akhirnya mandi juga untuk mengelakkan wujud perfume jenama kambing di SEMEKAR ini..walaupun pagi ini,ramai yang ‘terlajak’ tapi meeting modul yang dijadualkan pagi ini dilaksanakan juga..

-Meeting modul-

Pagi ini meeting modul diasingkan antara ‘team’ TOF dan ‘team kepimpinan’ bagi memudahkan perbincangan modul..fokus ina pada kem kepimpinan sahaja kerana ina bersama2 dengan team kepimpinan.masih banyak yang perlu dibincangkan walaupun meeting sudah beberapa kali dibuat..(memang tak efficient betol meeting sebelum ni)tapi kali ini meeting sangat2 bermakna dan keputusan perlu dibuat dengan cepat kerana program akan bermula petang ini pukul 2.00petang..berikut antara keputusan yang dibuat bersama2 setelah berbincang.. Meh nak cerita ‘detail’ tentang program ni..

Nama program
  1. Kem kepimpinan al-fateh(bajet ja  :p)

Tempat program
  1. Dewan sekolah

Tempoh program
  1. 1.       3 hari 2 malam 

Objektif yang akan dibawa:
  1. Kesedaran tentang ciri2 pemimpin

Tema program:-
  1. Kisah al-fateh,sebaik2 pemimpin dan sebaik2 pengikut
  2. Lagu tema:adakah kau lupa

Mode program
  1. Santai tapi ketegasan mengikut tempat

 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah :-
  1. Jumlah menghampiri 100,tak dapat jumlah yang pasti sebab cikgu sendiri kurang pasti akan jumlah pengawas
  2. adik2 pengawas dari sekolah(BKP), asrama(BAKA) dan wakil dari setiap kelas sama ada ketua atau penolong kelas.
  3.  Pelajar yang terlibat adalah dari tingkatan 2-6
  4. Adik2 ni dikatakan ada isu senior junior(sejauh mana,tak pasti)
  5. Kurang kerjasama antara BAKA &BKP
  6. Ukhuwah antara pengawas tak ummphh..
  7. Tiada masalah akademik
  8. Kurang kesedaran rohani
  9. Banyak lagi,tapi tak larat nak taip..hehehe

Isi pokok modul yang nak dibawa
  1. Surah as-saf:1-4à beriman, cakap & buat,bergerak dalam pasukan
  2. Kisah al-fateh dan perkaitan dengan surah as-saf
  3. Konsep pemimpin dan amanah


Disebabkan kekuatan tenaga yang akan mengerakkan program ini hanya 6 orang, maka membuat kumpulan kecil yang ada fasi dalm setiap kumpulan adalah tidak praktikal sama sekali..selepas perbincangan panjang +berbalah sikit+ gaduh2 sikit+ada orang buat lawak sewel sikit,kami memilih untuk membawa program ini dalam bentuk kumpulan kecil-kecilan tapi di pimpin didalam ‘mass’oleh ketua fasilitator..bahasa mudahnya LDM..ketua fasi tetap yang dipilih adalah ‘chief coordinator’ kita iaitu hazwan dan dibantu oleh semua fasi yang lain..

-program bermula-

Debaran didada semakin menyesakkan bila melihat jam semakin menghampiri jam 2.00 petang. Kelihatan semakin ramai pelajar Putera dan puteri hadir ke dewan,kelihatan juga semakin banyak peluh didahi fasi(debar lama tak berprogram dengan adik2 sekolah,last sem banyak program ‘organize’) tapi semuanya cuba menujukkan wajah selamba habis dengan senyuman diwajah..adik2 yang datang kami sambut sengan ramah sambil bertanya khabar+ bina rapport..

Sasaran petang ini adalah taaruf,ice breaking dan mind setting.sama seperti LDK 1 Cuma bezanya ia akan dibawa dalam bentuk’mass’,cabaran ini kami cuba sambut. Jujur dari hati ina,sangat mencabar sebenarnya..tambahan pula hazwan sendiri akui ini adalah kali pertama beliau cuba bawa dalam bentuk ‘mass’..walaupun cuba dibantu oleh fasi2 yang ada,tapi masih tidak mencukupi..petang itu kami akui,apa yang kami bawa tak menjadi..taaruf out,’ice breaking’ pun out,mind setting tak sempat bawa waktu petang..

Setelah dibincang,waktu riadah tugasan untuk menaikkan ‘mood’ adik2 diberi kepada iddin..harapan menggunung untuk melihat adik2 rasa ‘exited’ dan selesa dengan fasi menjadi hancur lebur bila melihat iddin membawa perwatakan tegas..(dalam hati ina,siot betol mamat ni) garangnya iddin tak tahu nak diceritakan bagaimana..dewan yang riuh dengan suara adik2 yang ramah bersembang walaupun fasi didepan bercakap menjadi sunyi sepi bila iddin bawa mood tegasnya..masih teringat lagi keruh diwajah hazwan,una,bada dan asma’ terkejut dengan perwatakan iddin petang itu..setelah lenguh tangan memberi signal kepada iddin untuk naikkan semula mood adik2 yang telah jatuh menjunam,akhirnya senyuman menghiasi wajah adik2 bila iddin berjaya menaikkan mood adik2 petang itu..lagu senaman si tommy antara modul yang digunakan..lega bila mood adik2 naik semula petang itu..komen ina tentang tindakan iddin,”selamat boleh naikan semula mood adik2,kalau tak…aish..”


Sasaran malam ini adalah ‘mind setting’, penilaian kefahaman adik2 tentang kisah al-fateh,masuk tentang apa itu hamba dan khalifah. Mind setting kami cuba bawa dengan video awareness test..kerisauan kami tentang video ini menjadi kenyataan bila ada adik2 pernah melihat video ini,walaupun hazwan cuba ubah apa yang perlu dicari tetapi adik2 yang pernah melihat video ini sukar diubah pemikirannya..(tapi hanya segelintir kecil sahaja)

Penilaian apa yang adik tahu tentang kisah al-fateh dibuat dengan meminta adik2 menceritakan apa yang adik2 tahu akan al-fateh dan ceritakan kisahnya..wakil pelajar Putera hampir membuat kami ternganga kerana dalamnya kisah yang adik itu tahu akan kisah al-fateh..kiranya ada yang tahu da nada yang tak tahu..video pendek al-fateh dibawa untuk beri sedikit pencerahan bagi yang tidak tahu..Disebabkan masa sangat mencemburui  tambahan waktu sudah lewat sehinggakan ada adik2 yang menguap memberitahu kami pengisian hamba dan khalifah dibawa tidak tercapai objektifnya..

Apa jawatan yang paling tinggi dan rendah dalam hidup yang pernah kita ada??? Paling rendah adalah menjadi seorang hamba kepada tuannya yakni Allah..jawatan paling tinggi adalah sebagai khalifah..dua jawatan ini tergalas atas bahu kita sehingga kita tiada di dunia ini.. dua jawatan yang ejaannya pendek tapi berat amanahnya..jawatan yang andai diberi surat perletakan jawatan,tidak akan diterima pun suratnya..sejauh mana kita cuba melaksanakan  dua amanah ini??sejauh mana kita sudah melaksanakan amanah yang tergalas dibahu kita ini??(sama2 kita muhasabah)

-post mortem-

Malam ni,apa yang ‘spoil’ dibincangkan semula dengan ‘team TOF’..apa yang perlu
dilakukan..antara kesilapan besar yang kami lakukan yang dapat dikenal pasti adalah :-
  1. meneruskan dengan pengisian walaupun ice breaking tak selesai lagi..
  2. mind setting tak selesai
  3. menurunkan mood adik2
  4. pengisian tak sampai..

malam ini adalah malam yang panjang,semua yang dibawa hari ini seperti tak menjadi,bukan ‘seperti’  memang tak jadi pun..jadi perbincangan untuk esok bermula dari kosong semula..apa yang tak ‘tackle’ hari ini wajib ‘tackle’ untuk hari esok..ujian program hari ini sudah banyak,ditambah pula dengan ujian tiba2 blackout seluruh kawasan sekolah..perancangan untuk esok perlu diteruskan walaupun dalam gelap kerana bimbang tiada masa lagi untuk dibincang..maka hanya bertemankan cahaya lampu ‘laptop’ dan ‘handset’ meeting diteruskan hingga pukul  3 lebih…(tak lupa juga ana yang menemani kami ‘meeting’ walaupun sudah shahid dipertengahan Jalan..) Harapan kami,moga apa yang dirancang untuk esok selari dengan perancangan Allah..kuatkan semangat kami..bantulah kami…

18/1/2013 jumaat
Benar  kata2 pujangga,setiap apa yang kita lakukan pasti ada akibat yang kita kena tanggung..maka teori nya perlu dipraktikkan..jadi hipotesisnya adalah “semakin lewat kita tido semakin lambat kita bangun”.. keputusan result diterima tanpa pertikaian!! Walaupun tiada yang tertinggal subuh tapi akibat mengantuk semua sahabat di ‘team kepimpinan’ memilih untuk ‘skip’ sarapan bagi menggantikan waktu tido yang tak cukup ekoran ‘postmortem’ habis lewat semalam..Seperti yang kami janji dengan adik2,pukul 7.30 pagi jumpa didewan..kami masih tepati janji itu walaupun rasa malas nak bangun katil menghantui diri..

-program kepimpinan al-fateh-
Sasaran kami hari ini adalah selesaikan ‘semula’ apa yang tak dapat diselesaikan semalam dan masuk input hari ini insyaAllah..moga apa yang kami rancang selari denagan perancaganNYA.. kami mula pagi ini dengan mass(sepatutnya la..) tapi apa yang jadi adalah riadah berlagu bersama2 adik2..salah satu perkara yang ina rasa adik2 SEMEKAR sangat2 teror hingga membuatkan fasi2 terpana adalah menyanyi dan menari..kalau dalam faciteam antara lagu paling famous yang kita bawa adalah ‘lai chi kang’, di SEMEKAR adik2 ada lagu yang jauh lebih power..bukan setakat 1 tapi banyak..antaranya lagu seorang gadis,jambatan goyang2,sang ulat bulu,chi kam bai,potong lama cici,potong lalang,tepuk malu dan banyak lagi..jujur kami sendiri ’exited’ dengan lagu2 dan gaya dari adik2..orang yang paling ‘layan’ melayan karenah adik2 sudah pasti iddin bersama2 model2 dari SEMEKAR.. mission pertama iaitu selesaikan ice breaking,mission accomplished!


Selesai dengan ‘riadah’,mission ke dua adalah mind setting + recap..alhamdulillah kedua2nya berjaya dibawa dengan baik..adik2 faham apa yang disampaikan semalam..konsep hamba dan khalifah adik2 mampu sampaikan semula dengan jelas..cabaran membawa  input kepada adik2 dalam bentuk mass kami cuba atasi dengan mengurangkan pembawakan perbincangan..jadi kami tukar dengan membawa modul berbentuk pergerakan..antaranya adalah denagn meminta adik2 membentuk sebuah kereta mengunakan badan adik2..adik2 turut diminta untuk menceritakan setiap fungsi bagi setiap bahagian..rasionalnya adalah kalau satu bahagian kereta ini ada fungsi,kita yang sebagai hamba dan khalifah pun ada fungsinya..seronok tengok kreativiti adik2..modul pagi ini dibawa baik oleh hazwan..waktu ni,kekok membawa LDM bukan satu isu dan semuanya cantik ja dan objektif tercapai..(cayalah wan!!)


#####ina tak ingat,apa lagi yang dibawa ketika pagi ni..minta maaf…###############

-menjadi contoh kepada orang lain-

Selesai zohor dan makan tengah hari,mood adik2 sangat baik..slot petang ini di conduct oleh iddin..sasaran petang ini adalah ciri2 pemimpin iaitu menjadi contoh pada yang lain..modul ni agak panas dn kontrovesi sikit..bukan sekadar adik2 dan faci yang ‘conduct’ panas..fasi yang melihat turut merasakan bahang yang ditahan adik2..mudah je modul ni,tapi provokasi yang sangat penting..fasi adalah pemimpin,adik2 dalah pengikut yang perlu patuh kepada pemimpin..perancangan awalnya,fasi akan beri sampah(surat khabar yang dikoyak) dan adik2 akan kutip dan beri kepada fasi,kemudian fasi bagi lagi sampah dan adik2 kutip lagi dan beri kepada fasi..buat sampai adik2 rasa bengang..aimnya adalah supaya adik2 faham dan rasa,menjadi pemimpin bukan sekadar bercakap dan menyuruh sahaja..tapi kita sendiri kena menunjukkan contoh yang baik dengan membuat sendiri apa yang kita cakap..tapi lain yang jadi bila adik2 tak nak beri sampah yang dikutip malah menyorokkan sampah itu..huh,jadi apa lagi..terus sampah yang kotor diberi kepada adik2,walaupun adik2 agak teragak2 tapi adik2 kutip juga dan disimpan sampah itu tanpa diberi kepada fasi..rasional asal berjaya dibawa,tapi yang mengejutkan adalah sebab adik2 tak nak beri sampah kepada fasi..pada adik2,hormat kepada pemimpin itu sangat penting..jadi sampah itu kotor kenapa perlu diberi benda yang kotor kepada orang yang kita hormat..ada adik2 yang bangun menyuarakan rasa tidak puas hati tapi ‘reason’ ini,membuatkan ina rasa kagum dengan pemikiran adik2..hmmm..mood adik2 turun lagi petang ni,siap ada yang merajuk lagi..


-Bergerak dalam pasukan-

Selepas asar iaitu ketika riadah,sepatutnya petang ini,apa yang akan dibawa adalah konsep amanah..tapi disebabkan masih ada lagi yang perlu ditackle,kami memilih untuk menangguhkan dahulu..misi untuk menaikkan mood adik2 yang turun diberi kepada fasi yang menurunkan mood adik2 sebelum asar tadi ..(sekali lagi) tapi menaikkan mood adik2 ada ‘trick ‘nya,iaitu buat apa yang adik suka..layannnn je adik2 dan menyanyi lagu2 adik2..selesai menaikkan mood adik2,iddin proceed dengan group binding..seronok melihat adik2 semangat menyelesaikan tugas yang diberi dalam kumpulan masing2..2 modul yang dibawa dan Alhamdulillah objektif tercapai..

  1.  adik dalam bulatan dalam keadaan pegang erat tangan adik2 diminta untuk duduk dan bangun..mula dengan adik2 menghadap masing2 kemudian membelakangi pula..
  2. Adik2 duduk dalam bulatan dan luruskan kaki sehingga bertemu hujung kaki masing2..kemudian cuba menaikkan salah seorang sahabat dalam kumpulan tanpa membengkokkan kaki yang mahu dinaikkan..(arahan mudah,tapi nak buat payah)


-saham= assessment –

Malam ini kami main lagi dengan mood adik2..rasa serba salah sebenarnya..tapi sasaran kami adalah supaya adik2 bukan sekadar faham tapi ‘rasa’ apa yang kami cuba bawa..membawa modul dalam LDM bukan perkara mudah,nak merasionalkan sesuatu jadi sukar..jadi kami memilih untuk membuat adik2 ‘rasa’ baru adik2 faham dan proses merasionalkan akan jadi lebih mudah dan sampai betol2 kepada hati2 adik2..

####bagi yang tak pernah lihat modul ni,maaf..ina tak mampu nak ceritakan disini cara nak bawa modul ini..terlalu ‘complicated’####

Modul ini dilaksanakan oleh iddin sebagai CEO syarikat al-fateh, ina,una,bada,asma’ dan wan berfungsi sebagai tukang provokasi setiap kumpulan..sasaran modul ini adalah untuk menguji semangat berpasukan adik2 bukan sekadar dalam kumpulan kecil tapi melibatkan semua kumpulan..lagi,kami akan uji adik2 dengan adik2 buat atau tidak apa yang adik2 cakap dan jani dengan kumpulan lain, serta sejauh mana adik2 meletakkan kepercayaan adik2 kepada kumpulan lain..

Normal dalam modul ini,ada kumpulan yang akan khianati kumpulan lain demi mengaut keuntungan dunia semata2 lalu mengabaikan kondisi kumpulan lain..Alhamdulillah selepas separuh permainan,adik2 sedar dan benar2 cuba bantu kumpulan yang telah capai tahap defisit walaupun provokasi telah dibuat..lega bila melihat diakhir ‘game’ ini tiada langsung kumpulan yang rugi malahan semua kumpulan untung..penilaian menunjukkan pengisian sepanjang hari sampai kepada adik2..

-postmortem-

Seperti biasa,setiap kali post-mortem kami akan mendengar apa yang terjadi pada program TOF dan kempimpinan..malam ini,ina rasa pertama kali ina melihat bagaimana ana,abang rizal dan affiq sangat2 ‘exited’ menceritakan tentang adik2 TOF..berseri2 bila mereka menceritakan bagaimana mereka kagum dengan adik2..program TOF sebenarnya sepatutnya memberi pendedahan asas tentang hamba dan khalifah,seterusnya sebgai khalifah mereka perlu turun kepada masyarakat..tapi apa yang membuatkan mereka terkejut ‘beruk’ adalah adik2 sudah selesai/faham fasa hamba & khalifah..bahkan adik2 sudah turun pun kepada masyarakat..adik2 sudah berjaya  ‘organize’ program sendiri,mencari peserta sendiri, membuat modul sendiri..Cuma adik2 perlu baiki cara membuat modul dan menyusun modul/flow..

Kagum dengan adik2 sebenarnya kerana adik2 ini hanyalah lepasan SPM..ada dikalangan adik2 mula berprogram/membuat kerja dakwah seawal umur 16 tahun..membuatkan ina befikir semula apa yang ina buat ketika berumur 16 tahun..kesedaran adik2 untuk turun ke masyarakat sangat2 awal2 dan adik2 faham kenapa perlu turun dan sanggup berkorban ,tapi di UIA sendiri berapa ramai yang betol2 mahu turun kepada masyarakat??berapa ramai yang sanggup korbankan masa menonton drama korea,melepak dan sebagainya??(sama2 kita muhasabah ye…)


-ina dan rasa serba salah-

Sepanjang program ni,sekali pun ina tak buat mass..hanya 2 orang sahaja yang betol2 conduct mass dan modul..jujur dalam hati ina,rasa serba salah menghantui diri bila melihat wan dan iddin cuba bersungguh2 untuk jaga adik2,mood adik2,sampaikan modul sehingga objektif tercapai..ina seperti mengelak dari berada didepan adik2,memegang microphone pun kalau boleh ina tak nak..debar rasa seperti jantung nak pecah bila wan atau iddin minta ina untuk membuat mass..melihat ina seperti tidak selesa,mereka hanya mendiamkan diri..dalam hati,ina jujur minta maaf sebab ina takut nak buat mass,ina ucap terima kasih sebab memahami akan kelemahan ina yang ini..apa yang mampu ina bantu adalah dari segi perbincangan modul belakang tabir dan persediaan teknikal..insyaAllah ina akan bantu dan tolong bila diperlukan..insyaAllah juga ina akan buat juga mass sebelum program SOP berakhir..

20/1/2013 ahad
Hari ini,kesejukan pagi ditempuhi dengan gagah walaupun badan masih lagi belum dapat ‘adapt’ dengan suhu  dan waktu yang 1 jam lebih awal dari semenanjung..hari ini adalah har terakhir program kepimpinan al-fateh,walaupun tiada modul penting dibawa hari ini..sasaran hari ini adalah ‘sharing moment’ bersama adik2..

-hari terakhir-

Permulaan pengisian hari terakhir bermula dengan slot ‘sharing moment’..setiap adik2 mengemukakan bebanan yang tergalas dibahu adik2..bermula daripada masalah dari rumah,kelas,sahabat2,pengawas,ketua,sekolah,pelajaran dan sebagainya..sayu sebenarnya bila melihat adik2 bersungguh2 menceritakan masalah adik2 seolah2 mereka sangat mengharapkan ada seseorang sudi mendengar apa yang terbuku dalam hati mereka selama ini..rasa tidak puas hati dilepaskan dan yang lain turut mengakui mereka turut merasakan perkara yang sama..sebagai fasi,menambahkan atau menyokong rasa tidak puas hati adik2 bukan caranya sebalik merasionalkan setiap yang berlaku..itu sahaja yang ina mampu lakukan untuk menyejukkan hati adik2..sebak bila melihat adik2 menitiskan air mata mendengar apa yang ina cakap untuk rasionalkan adik2..

Seterusnya slot POA yang dibahagikan mengikut kumpulan BAKA,BKP dan wakil dari setiap kelas..ina bersama asma’ membantu adik2 BKP..masa yang ada kami gunakan sebaiknya..untuk kumpulan BKP,adik2 mulakan dengan membentang masalah yang dihadapi..mendengar masalah adik2 membuatkan ina tercengang,adik2 ada masalah yang agak rumit sebenarnya..kami hanya mampu ‘provoke adik2 untuk selesaikan punca masalah..jika puncanya tidak selesai,sudah tentu ada sahaja masalah lain yang timbul..(masalah apa??etika  2 fasi à kerahsiaan)

Mendengar adik2 membentangkan cadangan peyelesaian membuatkan ina kagum dengan adik2..walaupun adik2 ini ditimpa dengan pelbagai jenis lapisan masalah,adik2 tetap kuat semangat untuk melaksanakan amanah sebagai seorang hamba dan khalifah..sesi resolusi yang dibawa oleh hazwan, kena tepat dengan situasi adik2..bercakap sahaja tidak mencukupi,bertindak itu adalah  sebaik2 jawapan..

-Penutup-

Program kepimpinan al-fateh diakhiri dengan salam ukhuwah dengan semua adik2..walaupun kami masih lama disini,tapi rasa sayu tetap menyelubungi diri(emosi terlebih sikit).sesi bergambar untuk dibuat  kenangan dimeriahkan dengan telatah adik2..selesai program ini membuatkan ramai fasi melepaskan nafas kelegaan..selesai satu amanah disini..masih banyak lagi menanti dihadapan..
Disebabkan rasa kelegaan yang melampau,kelegaan itu disambung diatas katil usai zohor..masa yang berbaki 1 jam digunakan sebaik2nya untuk berehat..perjalanan kami dalam program SOP masih panjang..banyak perkara perlu dilakukan,perlu difikir,tenaga pun banyak akan digunakan..jadi..zzzzz

-ke Rumah Putera Harapan-

Selepas rehat yang panjang kami teruskan perjalanan program ini dengan membeli barang2 masakan yang akan digunakan untuk program jejak kampung esok..seronok melihat telatah sahabat2, tak kira brothers mahupun sisters bersungguh2 mencari barang2 untuk memasak walaupun ramai yang agak terkial2..(boleh tahan brothers,tahu juga benda2 dapur ni.. :P) di sini jelas menunjukkan sapa yang selalu masuk dapur dan siapa yang jarang masuk dapur..kantoi sudah bah..
Ketibaan di RPH disambut mesra oleh adik2..adik2 RPH ini kesemua 23 orang adalah lelaki,berumur dari 8 tahun sehingga 14 tahun..adik2 ini punyai pelbagai latar belakang,ada yang anak yatim,ada yang ibubapanya bercerai,ada yang keluarga sangat susah jadi dihantar ke RPH..adik2 yang sangat2 aktif,lincah dan petah berkata2..kami bahagikan adik2 kepada 2 kumpulan iaitu adik2 UPSR dan campuran sekolah menengah dan rendah..mungkin yang ada yang bertanya kenapa hanya 2 kumpulan??,aka nada waktu nanti yang akan mengerakkan adik2 hanya 3 orang sebab itu kami hanya bahagikan kepada 2 kumpulan..


Berbalik kepada adik2, adik2 UPSR dijaga oleh wan dan iddin,baki membantu untuk adik2 campuran menengah dan rendah..untuk adik2 campuran sek menengah dan sek rendah..serius,walaupun ramai fasi,dan adik2 xsampai 20 pun kami menghadapi masalah untuk ‘handle’ dengan baik..bukan sekadar ice breaking tak lepas,fasa taaruf pun tak lepas..modul jangan cerita,satu pun tak berjaya dibawa..jadi akhirnya fasi2 amik keputusan sendiri untuk buat ‘personal approach’ sahaja dan itu jauh lebih menjadi berbanding duduk dalam kumpulan..dari dalam boleh dengar keriuhan adik2 UPSR yang berjaya di ‘control’ oleh iddin dan wan di luar..(dalam hati,ala 6 orang ja..patut la boleh..:P mata keatas tangan di bahu..)

-induction/postmortem-

Selesai cubaan ‘menidurkan’ adik2 yang masih aktif kami teruskan hari dengan induksi untuk program jejak kampung bersama en.sabri..walaupun sangat letih,tapi semua sangat bersemangat dengan program jejeak kampung..Cuma yang memeningkan kami adalah dengan kekuatan tenaga dan akal 9 orang, kami akan dipecahkan lagi kepada kumpulan2 kecil untuk mengerakkan aktiviti disana..kepeningan kami diteruskan dengan post-mortem team sop sahaja pula..antara yang perlu difikirkan,siapa dan apa??bekwah siapa dan berapa orang yang masak untuk 100 orang kampung??menu apa nak buat?? siapa akan ‘handle’ adik2 kampung yang jumlahnya hampir 40 orang??siapa akan ‘handle’ slot dengan saudara baru islam lelaki dan wanita yang perlu diasingkan?? Kami mampu atau tidak untuk membawa pengisian kepada saudara baru??nampak seperti mudah,tapi  disini modul game,potensi diri atau matlamat bukan perkara yang sesuai untuk dibawa disini..tapi asas pengetahuan tentang islam perlu kukuh dan ‘personal approach’  adalah ‘skill’ yang wajib dikuasai untuk mendekati orang kampung..Satu perkara yang ina dapat pada malam ni,bukan mudah sebenarnya nak buat kerja dakwah,selain semangat yang berkobar2,niat yang betul,jumlah untuk mengerakkan juga sangat penting..

Semoga niat kami untuk membuat kerja baik sentiasa berada dilandasannya..moga kami diberi kekuatan untuk menghadapai apa jua perubahan dan cabaran disana..tak lupa juga semoga kami dan orang kampung sama2 mendapat manfaat dari program ini..insyaAllah…

Oleh: Ina Tulip

akan bersambung....






0 comments:

Post a Comment